recent posts

sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

16 July 2011

Buat Anak Murid ku

Assalamualaikum....
Kepada semua para pembaca, semoga sihat hendaknya. Terima kasih sebab masih sudi baca coretan saya ni...

Ada orang kata CIKGU ni senang
Ada juga orang kata CIKGU kerja mudah
Macam2 lagi orang kata le.....

Minggu ni saya nak cerita tentang kerja sebagai CIKGU. Eya lah..... CIKGU ZAILANI. Minggu ni Cikgu Zailani yang memegang tanggung jawab guru Matematik tahun 6 nak masuk kem. Kem 1 murid 1 sukan sebagai Jurulatih Utama. Selama 3 Fasa di Kem Mega Kristal, Kuala Selangor.
Mula le ada yang menyindir, maklum le lama tak de kat sekolah. Tapi kawan2 oiii.... Cikgu zailani ni kalau pergi kursus, atau meeting atau tiada di sekolah. Mesti tinggal kan latihan untuk anak murid tau. Terutamanya untuk KELAS 6 BESTARI...
Tapi ada jugak yang kata kat GB " Cikgu, Jangan bagi Cikgu Zailani tu selalu keluar"... ADUHH... Pedih telinga saya mendengarnya. Wahai orang yang bercakap tu... Sebenarnya saya pun tak suka keluar meninggalkan sekolah. Lagi2 sebagai JuruLatih Utama kem 1 Murid 1 Sukan ni. Sepenuh masa oii.... Pagi, tengah hari, petang, malam dan semua aktiviti sepanjang di kem kita urus. Letih memang tak boleh nak cakap le..

Kalau di sekolah senang, dari 7.35 sampai 1.35 lepas tu balik. Dah tak de apa2... kat rumah boleh tidur. Gambar kat atas tu adalah 7 set soalan Matematik untuk ditinggalkan. Siap asingkan, tinggal nak jawab je murid2 saya. Itu saya beli pakai duit sendiri kak oii.... Saya tak pernah berkira pun.

Tapi bila siap cakap2 kat GB memang saya panas telinga jugak. Apa pun biar le.... Saya tak kisah. Memang adat orang ada mulut. Bercakap le... Yang penting saya tak nak STREES2. Kalau GB termakan hasutan orang tu pun lantak le. Kalau GB nak pindahkan saya pun, saya tak kisah. Aku tak rugi apa-apa pun.
(bila saya dah tak ada nanti baru le mereka tau, yang cikgu zailani ni ialah seorang guru Matematik Tahun 6, Setiausaha Sukan, Setiausaha SPBT dan... Biar le, adat dunia)

OK le...
Tujuan saya tulis ni ialah untuk lepaskan STRESS. Tidak ada lebih dari itu. Ok bye





2 comments:

AkmaFaizal said...

biasalah..cengitulah cikgu kan.. :)

Cikgu Zailani said...

Tidur tak lena mengenangkan anak murid...

...:Koleksi Lagu Pilihan:...