recent posts

sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

01 August 2011

Kajian Akhir Pengajianku Dah Siap....

Salam Ramadhan kepada semua pembaca...
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana saya telah berjaya menyiapkan kajian untuk ijazah saya. Memang puas hati dan sangat gembira. Macam-macam peristiwa tentang kajian ini. Hasilnya sangat mengUJAkan. Ternyatalah hasil penat lelah dan susah payah daya ini berhasil dengan terhasilnya NASKAH ini.....
Walau bagaimanapun saya masih ada 2 subjek lagi untuk dihabiskan. Sebelum boleh layak untuk mendapat sekeping IJAZAH yang amat mahal nilainya. Nilainya ialah AIR MATA, PELUH KERINGAT, DUIT, MASA, KRITIKAN dan segala ketabahan ini terbayar akhirnya. Andai ini berjaya saya sudahkan maka bertambah lah sesuatu yang amat bernilai yang amat saya sayangi.
Bachelor Education in Educational Administration... Itu le ijazah saya, pentadbiran pendidikan. Banyak saya pelajarinya untuk meningkatkan kerjaya saya sebagai CIKGU. Maknanya makin tau le... Apa yg pentadbir kita buat tu, Tak betul... Tak kena... dan macam-macam lagi.
Dalam pada saya belajar ni, satu perkara yang saya tak dapat lupakan ialah saat2 manis mendapat PTK 4,4 untuk DGA32 P2... Sekali exam je tau. Itu le saat paling indah rasanya. Terima Anugerah APC pun tak rasa seronok mcm itu. Lulus dalam kompetensi HEM lagi. Mmg layak le saya sebagai pentadbir kat sekolah. tak de sesiapa boleh mempertikaikan.
Kajian saya ini adalah berkaitan Keberkesanan Program SBT di dalam meningkatkan prestasi akademik di sekolah di sebuah sekolah di Sabak Bernam, Selangor. Ini kajian hebat. Disiplin hebat yang diterapkan oleh penyelia saya. Bila banding dengan kajian rakan2 di Universiti lain mcm saya punya ni untuk submit Tesis Master je... Apa pun terima kasih yang tak terhingga kepada Penyelia Pn Zahilah Bt Ab Aziz, keluarga dan rakan2 yang saling membantu. TERIMA KASIH ye.........
Dalam pada tu saya ni nak share dengan semua pembaca tentang kajian ilmiah saya ni. Korang boleh download, boleh baca dan boleh dijadikan rujukanh. Saya tak kisah kerana ia adalah karja Ilmiah. Boleh klik HYPERLINK dibawah:

BAB 2
BAB 4
BAB 5
BIBLIOGRAFI

2 comments:

khaizila said...

Salam Cikgu..Mohon share maklumat..panduan utk sy pula siapkan kajian yg baru nak bermula. Tapi kenapa Bab 2 tak blh nak download? Terima kasih

khaizila said...

Salam Cikgu..Mohon share maklumat..panduan utk sy pula siapkan kajian yg baru nak bermula. Tapi kenapa Bab 2 tak blh nak download? Terima kasih

...:Koleksi Lagu Pilihan:...