07 Disember 2011

Kena Serang diFacebook

Assalamualaikum...
Para sahabat, rakan-rakan dan teman-teman biar walau dimana pun berada. Semoga kalian sihat hendaknya. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.

Sebagai seorang blogger yang OTAI rasa amat tercabar dengan SERANGAN yang pertama kali saya lalui ini. Eyalah... saya mula aktif dengan internet ni pada tahun 2001. Masa tu korang pun belum tau apa2 tentang blogger dan Facebook atau pun apa2 laman sosial. Ketika itu saya melanjutkan pelajaran di IPTB Bukit Mertajam didlm course TMK.

Tapi pada awal November 2011 ni, serangan paling hebat telah saya rasai sebagai blogger ni... Teruk saya kena hentam di Facebook. Walaupun ini bukan kali pertama saya kena serang tetapi ini paling dahsyat rasanya. Kisahnya terjadi semasa saya menjadi URUSETIA Karnival Mesra Belia 2011 Sabak Bernam. Urusetia je.. Bukan penganjur, bukan AJK pun...
Entah blogger yang tidak bertanggung jawab mana tangkap gambar saya. Lepas tu kecohkan satu Malaysia. Itu memang le gambar saya, tapi bukan saya mempromosikan Konsert tu.. Kebetulan lalu je.... Habis saya kena hentam teruk. Lebih2 lagi bila diletakkan di page DPPK Sabak Bernam....
Tapi mereka tu belum hebat mcm saya ni.... Eya lah masih mentah dalam dunia IT ni, Namun saya adalah blogger yang berkreadibiliti yang mempunyai strategi. Memang saya gunakan segala pengalaman untuk mencari siapa sebenarnya pemilik DPPK Sabak Bernam tu?
OLeh kerana ramai kawan2 saya di Facebook dan diblog2 di seluruh malaysia akhirnya DPPK Sabak Bernam pun memohon maaf. Tapi ada warning pulak tu?... Eiii... Tolong le saya bukan orang politik ye. Saya seorang profesional. Saya Cikgu. Lantak ko le...
Eh... Permohonan maaf tu nak terima ke?.. Entah le saya belum fikirkan. Dan sehingga sekarang saya masih mahu berbulan madu...
Saya adalah cikgu dan tak minat dengan politik. Baik apa pun.... Saya hanya terlibat dengan kepedulian kemasyarakatan sebab itu saya melibatkan diri didalam persatuan BELIA. Itu saja platfom untuk saya berbakti secara ikhlas didalam masyarakat.

Bye... Terima kasih kerana sudi baca catatan saya kali ini.

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...