recent posts

sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

16 December 2011

Syukur Alhamdulillah

Tak terkata rasa gembiranya, Rasa lega sangat dan berbaloi... Eyalah... setelah 5 tahun bergelumang dengan buku dan assignment akhirnya pada 10.12.2011 saya telah sah menamatkan pengajian di OUM. he...3x PUAS HATI SANGAT
Kini saya adalah graduan Sarjana Muda Pendidikan didalam Pentadbiran Pendidikan. Pendek kata selok belok tentang pentadbiran pendidikan tu mmg saya punya le... Lepas ni GB dan GPK2 kat sekolah tu tak boleh nak kelentong2 dah...
YESS!!!
Cadangan nak sambung master pu memang ada. Tapi untuk 2-3 bulan ni nak rehat dulu. Enjoy.. melancong2 dan nak fokus pada kerjaya. Dan kalau boleh nak TULIS BUKU. nak jadi penulis le pulak?
Sememangnya peningkatan taraf akademik ini sangat bermakna kepada saya dan semoga ia boleh menjadi perangsang kepada semua anak murid saya. Walaupun dimana tahap kita, pendidikan amat penting dan teruslah dipertingkatkan.
Akhirnya bersyukur saya kehadrat Illahi diatas kejayaan saya menamatkan pengajian di OUM ini dan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya, yang mengutuk saya, juga yg memperlekehkan saya.... Semua itu telah saya jadikan pembakar semangat untuk menamatkan pengajian ini.
Terima Kasih semua dan TAHNIAH
kepada
CIKGU MUHAMMAD ZAILANI SOMINGAN

1 comment:

Lieya said...

Tahniah Cikgu..! Moga terus cemerlang dan cemerlang..

...:Koleksi Lagu Pilihan:...