01 Januari 2012

Terima Kasih Diatas Penghargaan ini

Assalamualaikum para sahabat semua
Tahun 2011 ini adalah tahun yang sangat bermakna kepada saya... Eyalah, bermacam2 kejayaan dan pengiktirafan. Walaupun bukan itu yang dicari didalam hidup ini.


Pada 28 Disember 2011 tempoh hari saya telah menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mereka Blog Negeri Selangor. Syukur Alhamdulillah saya telah mendapat hadiah saguhati untuk acara katogeri terbuka. Hadiahnya merupakan wang tunai RM500. Berbaloi betul le rasanya....
Gambar diatas ni adalah bersama pemenang hadiah utama. Pelajar KUIS, eh saya pulak pelajar OUM he...3x Tahniah kepada beliau.

Sebagai tanda kenangan sempat juga saya posing di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK di Shah Alam ini. Bukan senang nak dapat replika cek besar ni tau....

Oh ye... Sebenarnya replika cek yang saya terima tu adalah bagi hadiah kemenangan Anugerah Khas untuk Blog Paling banyak pengunjung. Kira OK jugak kan blog saya ni kan. Kalau para pembaca nak lihat blog saya ni sila klik URL dibawah ni

Nampaknya segala pengorbanan dan pengalaman saya sebagai BLOGGER, penceramah Blog, Hakim BLOG dan pemBLOG amat berbaloi. Terima kasih kepada semua rakan2 yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya. Sesungguhnya saya amat bangga dengan kalian. I LOVE U ALL

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...