18 April 2012

Aku Masih Sihat Tapi....

Syukur Alhamdulillah kehadrat Illahi kerana masih mengurniakan kesihatan kepada diri ini. Eya.. lah untuk beribadah kepadaNya dan untuk menghirup udara segar dimuka bumi ini. Juga untuk terus menjadi Khalifah didunia sementara ini.

Baru2 ni saya terah menjalani satu pemeriksaan kesihatan. Tanpa ada sapa yang menyuruh dan 100% atas kehendak sendiri. Memang suspen dan takut juga. Maklum le jarang nak jumpa Doktor... Seram sejuk juga dibuatnya...
Setelah saya menyatakan hasrat dan tujuan pemeriksaan kesihatan ini maka doktor tu pun ambik le darah saya. Dipegang nya tangan saya, untuk pemeriksaan tekanan darah. OK sangat, lepas tu di cucuk le tangan saya untuk ambil darah. Mak oii... Banyak sangat pulak tu. Sampai 3 tiub. Aduhhh....
Kemudian kata doktor ok dan tunggu seminggu untuk keputusan. Maka saya pun pulang dgn suspen dan takut. Nak tunggu keputusannya.... Hari yang ditunggu pun telah tiba. Bermacam2 perasaan pun ada, ketika datang ke klinik tu.. Takut, seram, penuh tanda tanya dan ......

Setelah sampai giliran maka saya pun masuk le ke kamar doktor. Dia pun selaklah fail ujian darah tu... Maka bercerita lah Doktor tentang keputusan ujian darah saya. Pendek cerita mcm ni lah, keputusannya semua ok, darah tinggi, kencing manis, gout, sakit jantung, kanser semua tak ada. Alhamdulillah... semua penyakit kronik pun tak de. Cuma ujian HEPETITIS menunjukkan saya tidak pendapat suntikan. ooo... patut le selama ini saya selalu demam2 je. Maka menerima lah DOS pertama saya hari tu... DOS ke2 6 bulan akan datang..

Begitulah kisahnya... Mulai saat itu saya berazam nak kawal makan, tambahkan aktiviti senaman dan tukar gaya hidup sihat. Kepada yang belum membuat pemeriksaan boleh le buat pemeriksaan segera. Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Betul tak?

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...