20 April 2012

Bilik BOSS ku kini...

Syukur Alhamdulillah....
Bilik BOSS aku dah lama sangat usang, tak terbela dan kurang perhatian. Kesian jugak memikirkannya. Maklum sahaja le penjaganya terlalu sibuk. Kebetulan SABTU lepas ada majlis gotong royong sempena basmi Denggi ni.... Satu sekolah dibersihkan dengan kerjasama PIBG.
Maka, mengambil kesempatan ini saya dan beberapa orang guru yg rajin serta dibantu oleh anak2 murid turut bergotong royong membersihkan bilik BOSS. Basuh, cuci, cat dan buat dekorasi....
 Ini le antara yang best sekali. PONDOK SPBT gambar yang atas tu sebelum. Dan yang bawah tu adalah selepas. Cantik kan.... Syok sangat le bila tengok. Dah berubah. Ceria sekali...
Dan terima kasih yang tak terhingga kepada Ustazah QURATUN AINIYAH yang telah memberikan idea, tenaga dan semangat untuk menaikkan seri pondok SPBT tu.... Terima kasih daun keladi. Lain kali tolong le lagi.... Juga kepada semua anak murid serta rakan2 guru yg membantu. Terima kasih semua...

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...