20 April 2012

The Warior Kids ku...

Setelah PENAT berlatih, pagi dan petang, Sabtu dan Ahad akhirnya pasukan Bola Sepak SK Parit Baharu dibawah coach Cikgu Zailani Somingan akhirnya memulakan Kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam 2012 ini dengan persiapan agak rapi..
 Tuan rumah kejohanan kali ini ialah SK Sungai Nibong. Kira2 48 km dari sekolah saya...Boleh tahan jauhnya. Hasil kesungguhan "The Warrior Kids" telah terserlah sejak mula sepak mula.
Menang dengan SK Seri Sekinchan 2:0 Kemudian Seri 1:1 dengan pasukan Naib Juara tahun lepas SK Dr Abd Latiff dan Seri 1:1 dengan pasukan SK Batu 38. Layak ke pusingan ke suku akhir sebagai pasukan naib johan kumpulan B.
 Perlawanan Suku Akhir telah diadakan di SK Tun Dr Ismail, Tebuk Pulai menentang Johan Kumpulan C iaitu SK Pasir Panjang. Strategi dan tektikal telah dirancang dengan teliti dan akhirnya. "The Warrior Kids" telah menang dengan 2:0 didalam perlawanan yang cukup mendebarkan. Perlawanan Separuh Akhir menentang SK Sungai Leman iaitu dimenangi oleh Juara tahun lepas itu dengan 2:0 Ternyata tiada rezeki untuk mencipta kejutan untuk kali ini.
Tahniah kepada semua pemain bola sepak SK Parit Baharu diatas kejayaan ini dan ternyata masih banyak usaha yang diperlukan untuk menjadikan pasukan ini sebagai Johan Daerah Sabak Bernam. Insyaallah tahun hadapan "The Warrior Kids" akan memulakan persembahan yang lebih mantap dibawah bimbingan jurulatih Cikgu Zailani Somingan. Usaha lagi ditahun hadapan..

1 ulasan:

Che Jai berkata...

Terbaik pernah saya buat. Harap2 tahun depan dapat jadi johan...

...:Koleksi Lagu Pilihan:...