09 November 2012

Selamat Bercuti

Persekolahan untuk sessi 2012 telah berakhir pada JUMAAT 9.11.2012 dan akan bermula lagi tahun hadapan. Bagi anak-anak murid ku sayang... diharap jangan lupakan BUKU sepanjang cuti ini. Baca lah apa-apa buku sekali pun. Buku Cerita, Majalah, Buku Teks kegunaan 2013 atau surat khabar. Ingat MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU
Bagi keluarga yang berkemampuan boleh le menikmati percutian sambil makan angin untuk menambahkan pengalaman dan melihat keindahan alam ciptaan ALLAH. Jangan lupa juga mensyukuri nikmatNya dan segala rahmat yang telah dikurniakan kepada kita.
 Bagi yang terakhir di SK Parit Baharu ini, diharap jangan lupakan sekolah ini. Buatlah sesuatu yang TERBAIK juga di sekolah baru kelak. Ingat juga pesan cikgu-cekgi di sini. Jangan sombong diri dan pandai-pandailah berkawan di sekolah baru. Selamat maju jaya...
Buat rakan-rakan guru, ternyata TERSENYUM lebar dengan sessi percutian yang telah bermula ini. Hilangkan STRESS, Jiwa kacau atau buang segala yang tak seronok disepanjang persekolahan sessi lepas. Eya lah.... Buang le jauh2 di Cherating ke... JB, Morib, atau mana-mana tempat yang boleh hilangkan semua itu. Betul tak? Enjoy semua...
Akhirnya... buat semua SELAMAT BERCUTI

1 ulasan:

Guru-guru SPBT Sabak Bernam berkata...

Tahniah... Semoga terus cemerlang

...:Koleksi Lagu Pilihan:...