07 November 2012

Semua Insan Memang Mahukan Penghargaan

Assalamualaikum....

TERIMA KASIH kepada semua yang banyak membantu saya sepanjang tahun ini. Rakan2 adalah penguat dan penyokong kita semasa menjalankan tugasan. Eya lah.... sebagai seorang guru yang kini memang banyak cabaran dan tekanan.
Bersyukur kehadrat Illahi kerana selepas 15 tahun saya berkhidmat disekolah ini pada tahun ini ada PENGHARGAAN untuk guru-guru. Sempena Majlis Kecemerlangan Pelajar SK Parit baharu disampaikan juga Anugerah Pembimbing Terbaik, Guru Penasihat Sukan, Persatuan dan Unit Seragam terbaik. Panghargaan ini memang amat besar ertinya dan seorah2 menyuntik semangat untuk terus berkerja di tahun hadapan.

Untuk memberi penghargaan tu sebenarnya bukan susah. Tapi ada kalanya kalangan PENTADBIR ni memang sukar dan susah memberikan PENGHARGAAN. Ia cukup dengan mengucapkan TAHNIAH, SYABAS, TERIMA KASIH sambil menepuk belakang. Penghargaan ini amat didahagakan oleh semua insan. Mereka tahu dan telah belajar tapi nak buat tu yang susah.

Apa pun TAHNIAH yang tak terhingga kepada PENTADBIRAN di sekolah saya kerana pada tahun ini telah mengorak langkah membuat pembaharuan yang sangat BAIK. Harap2 ia akan terus dikekalkan dimasa akan datang.

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...