22 April 2013

KONSEP KEPIMPINAN SEKOLAH

Assalamualaikum... Semoga rakan-rakan sekalian sihat sejahtera disamping tugasan seharian. He3x....Sebagai seorang pendidik, bagaimana anda memimpin murid-murid anda? Pada
pendapat anda, adakah anda mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin? Kepimpinan
sekolah yang baik akan mewujudkan sekolah yang berkesan.
Abdul Shukor Abdullah (2004) menyatakan Kementerian Pelajaran memerlukan pemimpin-pemimpin yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang berbeza di semua peringkat, iaitu daripada pemimpin di peringkat bilik darjah hinggalah kepada peringkat kementerian. Kepimpinan pada peringkat tertinggi merupakan mereka yang terlibat dalam penggubalan polisi dan pembuatan keputusan. Maka, mereka harus mempunyai pandangan, ilmu dan kemahiran yang luas serta berpengalaman.

Pemimpin terbahagi kepada pelbagai jenis. Contohnya seperti pemimpin politik, organisasi, sekolah atau pendidikan, korporat, kumpulan kecil, pelajar, komuniti dan sebagainya. Sebelum kita membaca dengan lebih lanjut, cuba anda berikan maksud pemimpin dalam ayat anda sendiri.

Pemimpin merupakan seseorang yang diiktiraf mempunyai pengaruh, berwibawa dan mempunyai kuasa, sama ada jangka pendek atau jangka panjang dalam sesuatu situasi tertentu oleh seorang atau lebih ramai individu.

Kesimpulannya, pemimpin bermaksud individu dalam sesuatu kumpulan yang mempunyai tugas mengarah, menyelaras dan memantau tugasan yang berkaitan dengan aktiviti kumpulannya.

p/s: Penulis mempunyai ijazah pendidikan dalam pentadbiran pendidikan

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...