10 April 2013

The Warrior Kids Mengaum Garang

Ini lah CIKGU. Bukan sekadar mengajar didalam kelas sahaja. Pada 3 hingga 5 April 2013 yang lepas pasukan bola Sepak dibawah latihan saya telah menyertai Kejohanan MSSD Sabak Bernam di SK Sg Leman, Sekinchan. The Warrior Kids telah berlatih sejak 3 bulan untuk menghadapi kejohanan pada kali ini. Tahun ini merupakan tahun ke2 CIKGU ZAILANI mengambil alih sebagai jurulatih pasukan SK Parit Baharu selepas mendapat Kursus Kejurulatihan pada tahun 2011. Pada tahun ini sebanyak 24 pasukan telah bertanding.
Pada peringkat kumpulan C The Warrior Kids menjadi johan kumpulan dengan menewaskan SK Seri Utama tetapi kecundang kepada SK Sepintas
Pada Pusingan ke 2 SK Parit Baharu The Warrior Kids menang 5:3 menewaskan SK Binjai Jaya untuk layak ke Suku Akhir. Pada peringkat Suku Akhir menewaskan SK Sekinchan dengan 3:0
Diperingkat Separuh Akhir bertemu SK Sg Nibung, pasukan Team SKPB Warrior Kids terpaksa mengalah kepada 1:4 
Majlis penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Pegawai JPN sukan prestasi tinggi. En Mokhtar Mahmud dan Pasukan SKPB Warrior Kids telah diistiharkan pemenang tempat ke3 bersama.
2 orang pemain telah terpilih mewakili daerah Sabak Bernam iaitu Muhammad Zul Aiman Subarmadi dan Muhammad Al Fateh Rosdin. Semoga mereka dapat meneruskan kegigihannya sehingga keperingkat yang lebih tinggi
Akhirnya inilah pasukan
THE WARRIOR KIDS 2013
yang telah mengharumkan SK Parit Baharu

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...