05 Disember 2013

Alamak... Terbalik le Pulak?

 Assalamualaikum para sahabat sekalian... RUMAH TERBALIK? Ya memang betul... Gambar ini saya ambil di Sabah semasa cuti persekolahan yang lalu. Mula2 macam tak percaya. Tapi bila dah masuk, mmg percaya
 Menurut pemilik muzium ini, ia adalah yang pertama di Asia Tenggara, jadi ia antara destinasi wajib bila kita berkunjung ke Sabah. Hampir keseluruhan di dalam rumah ini TERBALIK, kereta, tandas, bunga2, kipas dan amat memukaukan. Nasib baik saya tak terbalik lagi? he...3x
 Dan antara peraturan di sini ialah : TIDAK BOLEH AMBIL GAMBAR. Jika didapati maka kamera akan dirampas dan gambar di delete. Alamak!!! Tak boleh le nak share gambar dengan rakan2. Gambar diluar je lah...
Yang mengkagumkan saya ialah semua peralatan dan perabut didalam rumah disusun dan dilekatkan diatas syiling. Memang unik sangat.
Macam tak percaya kan? Kereta pun terbalik jugak...
Pasu bunga, lampu-lampu, pun terbalik
Tandas pun sama, Yang saya pegang tu sinki, Timba, berus gigi, pun diatur terbalik. He 3x... ini lah antara gambar yg sempat saya candid untuk kenangan untuk dikongsi bersama anda semua.
Terima kasih kerana sudi baca.... Bye

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...