02 Disember 2013

KINABALU Ingin Ku Tawan

 Baca TAJUK diatas macam hebat sangat le? Niat memang ada, tapi untuk kali ini belum le.... Hari ke 2 di Sabah mula melangkah keluar dari bandar Kota Kinabalu. Maklum le dah dapat kereta sewa. Kira rezeki saya le RM130 untuk MYVI untuk 1 hari. Nak cari yang murah lagi mana ada, sebab tak de link pun.
 Bila dapat jer stereng dengan berbantukan gps MAIZE maka banyak le destinasi nak dituju, Pertamanya yang memang ada dalam perancangan ialah Pantai Tanjung Aru. Memang TERBAIK le.... Ia antara destinasi wajib di Kota Kinabalu. Pantai yang indah dengan pasir yang halus sangat menarik untuk mandi manda.
 Dan misi untuk menawan Gunung Kinabalu pun diteruskan. Sepanjang perjalanan yang mencabar sempat singgah di Pasar Nabalu. Gambar kat atas ni le Pasar Nabalu. Walaupun belum sampai tapi ia dah sejuk macam Cameron Highland tau....
 Akhirnya setelah perjalanan yang jauh maka sampailah saya ke KINABALU PARK, tengok le betapa lebarnya senyuman saya. Tanda penuh kepuasan walaupun tak sampai hajat untuk mendaki puncak Gunung Kinabalu.
 Kinabalu Park ni menurut beberapa orang yang saya tanya ialah tempat untuk pendaki2 memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu. Kalau hendak menginap pun ada resort disediakan. Tapi saya memang belum memasang HAJAT untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. Lain kali le...
Perjalanan diteruskan lagi hingga ke Kundasang. Tempat ini ialah tempat penanam sayur macam di Cameron Highlang le...  Segar dan murah. Pemandangannya sangat indah, hijau dan menarik. Dingin dan menyegarkan. Sempat juga saya menunaikan solat zohor di Masjid Kundasang sebelum bergerak pulang ke Hotel di Kota Kinabalu. OK jumpa lagi di lain catatan
Per

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...