01 Disember 2013

Percutian Ke Negeri Dibawah Bayu

 Assalamualaikum, 
kepada semua sahabat saya yg masih setia dengan BLOG ini, He 3x... Kali ini saya nak kongsi pengalaman sepanjang percutian saya di Sabah pada awal cuti persekolahan yang lalu 26 hingga 29 November 2013.  Perjalanan selama 2 jam 30 minit menggunakan penerbangan MAS
 Sesampai di Kota Kinabalu perjalanan diteruskan ke Pasar Philiphin, Handicraft Market, Anjung Samudera, Kompleks Sinsuran hingga ke Anjung Senja. Walaupun perjalanan jauh dengan hanya berjalan kaki tetapi tetap enjoy....

 Kedinginan bayu petang memang menyegarkan dan sesuailah dengan nama Negeri Di Bawah Bayu. Bagi saya yang memang suka melihat2 benda2 yang tak ada disemenanjung ni macam2 yang istimewanya. Yang bestnya petang tu pekena PISANG GORENG COKLAT KEJU, Fehhh... memang terbaik le

Mercu tanda ikan ni cukup terkenal di Kota Kinabalu ni... Sapa pergi KK tak ambik gambar kat sini memang tak lengkap le....


 Dan kebetulan HOTEL VICTORIA tempat penginapan saya berhadapan dengan pasar malam MUTIARA. Memang banyak sangat mutiara yang sangat-sangat cantik. Kepada yang ini pergi ke Kota Kinabalu carilah Hotel di sekitar Kampung Air kerana ia dekat dengan pasar malam yang istimewa ini.
Hari pertama di KK cukup le sekadar berjalan2 di sekitar Kota Kinabalu kerana sewa kereta hanya akan bermula esok pagi. Oleh kerana hotel murah maka cukup le untuk sekadar meluruskan badan dan merehatkan minda. Memang enjoy....

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...