27 Mac 2015

Pengkarya Guru 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog ini. Hari ini saya melangkah setapak lagi didalam kerjaya pendidikan ini bila berpeluang untuk menjadi penulis buku. Terima kasih kepada majlis buku kebangsaan malaysia sebab menjadi pemangkin untuk merealisasikan impian saya
Lebih bermakna apabila mendapat bimbingan daripada ramai penulis2 yg berpengalaman spt Rahman Saari, Khadijah Hasyim, Awang Saryan dan ramai lagi. Memang ia satu pengalaman yang sangat istimewa kepada saya
Penerbitan Seri Kenanga telah bersetuju untuk menerbitkan manuskrip saya. Rasa amat teruja dan bersyukur diatas kesempatan ini. Ini baru langkah permulaan untuk saya dan semoga selepas ini akan lebih banyak lagi buku-buku yang ditulis oleh Muhammad Zailani Somingan
Semoga dengan lahirnya buku yang pertama saya ini akan menjadi pembakar semangat untuk terus menjadi PENULIS.

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...