07 Februari 2015

Berkongsi Ilmu di ILDAS

Assalamualaikum dan semua pembaca agar sihat diketika ini. Pada post kali ini saya ingin kongsikan beberapa gambar semasa menghadiri Seminar Motivasi Kepimpinan Pelajar bersama murid-murid SK Tebok Jawa yang telah diadakan di Institut Latihan dan Dakwah Selangor, Sg Lang, Sabak Bernam, Selangor
 Kesekian kalinya menghadirkan diri ke sekolah tempat saya belajar dahulu amat mengujakan. Terlebih lagi bila bertemu lagi guru-guru saya dahulu. Terasa sangat bahawa ilmu saya ini tidak memadai untuk berceramah dihadapan mereka.
 "Disini lahirnya sebuah cinta" begitulah ibaratnya bila kembali semula ke tempat kita belajar dahulu. Syukur juga saya masih boleh berkongsi idea, tips dan beberapa kaedah mudah belajar untuk digunakan oleh murid-murid disini.

Semoga kita boleh terus berkerjasama dan kepada sesiapa sahaja yang ingin berkongsi ilmu "LAMSAM" dan "Tips Mudah Menjawab Matematik" boleh berhubung dengan saya. Sekian terima kasih. I Love U all.....

Tiada ulasan:

...:Koleksi Lagu Pilihan:...