recent posts

sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

07 March 2016

Pendapat Yang Kurang Tepat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Saya sangat tertarik dengan artikel ini yang mana ia adalah intipati ucapan Timbalan Menteri Pendidikan.

1. Sebagai orang yg bergelumang didalam dunia pendidikan hampir 20 tahun saya menyangkal dan tidak bersetuju dengan beliau. Ini kerana pelajar yg cemerlang didalam SPM atau STPM sewajarnya diminta melanjutkan kebidang yg lebih mencabar seperti kejuruteraan, kedoktoran dan bidang yg lebih baru dan mencabar. Mereka mempunyai IQ yg lebih bijak untuk memajukan penerokaan baharu.

2.Bidang keguruan seharusnya dibuka kepada pelajar yg sederhana dan yang bangkit dari kegagalan. Mereka ini yg mampu membina dan memotivasikan murid2 yg berada dalam lapisan yg berbeza dan pelbagai status. 

3. Pelajar yg kurang cemerlang lebih memahami susah dan payahnya mereka belajar, ia akan memberikan inspirasi kepada mereka dan mempelbagaikan kaedah dan pendekatan untuk membina dan mendidik murid yg ber IQ sedarhana dan lemah untuk bangun.

4. Pelajar yg Cemerlang kurang survival dan kreatif dalam mengolah persekitaran untuk menjadi pendidik, terutamanya kepada murid yang lambat dan berpenikiran visual.
Ini hanya pandapat saya sebagai seorang guru yg pernah memenangi tokoh guru inovatif Selangor 2013 & 2015. Terima kasih

1 comment:

Atuk said...

Betul tu Cikgu Zailani....orangyang terlalu pintar tidak berinovasi untuk mengajar sebaliknya mungkin berinovasi untuk kerjayanya.Kebanyakan guru-guru saya yang pernah menjadi best student di universiti tidak mampu untuk untuk mengajar dan mereka selalu mengabaikan murid yang lemah.

...:Koleksi Lagu Pilihan:...