Mendapat pendidikan awal di SK Tebuk Jawa kemudian melanjutkan pendidikan di SAMT Sultan Salahuddin Abd Aziz Batu 38 Sabak Bernam. Mendapat latihan Perguruan di MPSAH, Sg Petani Kedah dan lanjutan di IPG Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, PP didalam ICT. Kini bertugas di SK Parit Baharu, Sg Air Tawar, Sabak Bernam. Selangor. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam Pentadbiran Pendidikan di OUM
Berpengalaman sebagai penceramah perisian SISTEKs SPBT & e-Mateks BBT untuk daerah Sabak Bernam dan sebagai Jurulatih Utama Sumber SPBT Selangor sejak 2006 hingga kini. Sering menjadi penceramah Motivasi, Kepimpinan, Pembangunan belia dan ekonomi belia sekitar Sabak Bernam
Memenangi Anugerah Belia Perdana 2008 peringkat Negeri Selangor bagi katogeri Persatuan Belia dan Naib Johan 2007
Di dalam kerjaya beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2009. Menerima anugerah Guru Inovatif Daerah Sabak Bernam 2013 dan Anugerah Guru Inovatif Negeri Selangor 2013 dengan Kaedah LAMSAM
2015 telah dianugerahkan sekali lagiAnugerah Guru Inovatif Negeri Selangor dan Sabak Bernam dengan inovasinya RUNO-BUNO. Ia satu kaedah pembelajaran Matematik yang sangat memudahkan murid.
1 ulasan:
Semoga istiqomah berinovasi...Tahniah
Catat Ulasan