16 Mac 2009

Tips Lulus PTK DG32 dapat 4 .......

Hai... Apa khabar semua. Lama tak menulis kat blog saya ni. Tentu korang tengah sibuk study. Nak exam PTK kan. Apa pun saya nak ucapkan selamat study dan selamat menghadapi peperiksaan PTK yang akan diadakan pada 18 hb Mac ini. Semoga lulus 4, dan dapat dinaikkan gaji. Korang mesti study. baru boleh jawab dengan betul....... Tak study jangan menharap le.
Bila cerita tentang PTK ni ramai yang tanya saya? Macam mana boleh dapat lulus 4 walaupun kali pertama ambik. He he he.... Sebenarnya ceritanya mudah je. Itu semua rezeki dari Allah. Bukan tak baca buku, baca juga... tapi ada cerita lain disebaliknya.

Rahsianya ialah doa dan restu ibu bapa dan berbuat baik kepada mereka. Eya.. ini betul. Itu janji Allah. Mereka yang doakan saya agar lulus, maka Allah berilah saya lulus 4. Tapi bukan nak pergi periksa pagi tu baru nak jumpa emak bapak korang. . Saya tak pernah lupa kat mereka. Yang paling utama hulurkan lah sedikit wang gaji kita tu kat emak bapak kita. Bank in pun boleh. Itu rahsianya. Mesti konsisten tiap bulan. Tak kira le berapa pun.. RM 100, RM 200 atau RM 300.00 tiap-tiap bulan. Doa ibu bapa tu makbul. Ini bukan nak menunjuk, tetapi nak cerita ttg pengalaman dan kaedah menghormati ibu bapa. Bila kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa maka Allah akan permudahkan rezeki tau... Gaji tiap bulan cukup aje....

Percaya lah... kalau korang boleh buat macam itu. Gerenti lulus. Ini belum terlambat sementara ibu bapa korang masih ada. kalau dah tak ada tu lain le... Ganjaran dari Allah pun dapat. Tapi mesti konsisten. Tiap-tiap bulan bagi duit kat emak dan bapak. Ok le itu pesanan saya dan semoga korang semua lulus dapat 4. Amin. ( Sayangi ibu bapa sementara mereka masih ada. Ibu bapa mertua juga setaraf ibu bapa kita.... jangan sakiti hatinya. Ia menjauhkan rezeki )

1 ulasan:

GURU_CIKGU berkata...

Tips yang baik untuk semua pembaca blog ini. Saya sendiri waktu ambil PTK2, telefon mak ayah minta restu dan dapat 4, waktu ambil kursus PTK3, niat saya cuma nak lulus sahaja, telefon mak ayah, alhamdulillah berjaya.

Kali ni tak sempat daftar sebab keputusan PTK3 tak keluar waktu tu, tapi Insya-Allah, bulan Ogos ni saya nak perbaiki jadi 4.

...:Koleksi Lagu Pilihan:...