recent posts

sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

24 June 2009

Cara Menghalang Virus dari Thumb Drive menyerang komputer Anda....

Hai... Lama tak menulis kat blog ni. Maklum le bila dah mula sekolah kerja2 pengajaran dan bertambah sibuk jadi terpaksa le mengurangkan minat sebagai blogger...

Oh ye... pada masa sekarang penyebaran dan jangkitan virus, spyware atau malware banyak melalui USB Flash Disk . Flash Disk yang dijangkiti virus apabila disambungkan kepada komputer yang bersih (Tidak Ada Virus), dan pada komputer tersebut setting untuk Autoplay @ Autorunnya Enable (Default), maka komputer tersebut akan dijangkiti oleh Virus, kecuali jika komputernya mempunyai update anti virus terbaru yang mengenali virus tersebut (virus Pattern). Ini yang nak kongsi dengan anda semua..

Untuk membuat Disable Autorun ialah dengan cara :

1. Klik Button Start -> Run @ Button Win + R
2. Taip gpedit.msc dan klik OK.
3. Klik pada User Configuration --> Administrative Templates --> System.


4. Double klik pada Turn Off Autoplay.

5. Klik option Enable.

6. Pada option Turn Off Autoplay on, pilih All drives.

7. Klik OK.

Ok le... selamat mencuba. dan sampaikan le ilmu yang bermanfaat ini kepada semua para sahabat, kengkawan dan semua nya. Kita tak boleh kedekut ilmu... Sampai jumpa lagi.... BYE

1 comment:

Cikgu said...

terima kasih cikgu. saya memang dok cari info ni. Semua pendrive saya kena makan dgn virus.

...:Koleksi Lagu Pilihan:...