29 Jun 2009

~ Lawatan Ke SK Bandar Anggerik ~

11Assalamualaikum..
Kepada semua sahabat, rakan-rakan, dan semua pembaca.
Lama juga tak menulis di blog ni. Oh ye... ini ada cerita terbaru saya.
Bukan gosip, tapi coretan le..
Pd 23.06.2007 yang lalu saya dan Kakitangan Sumber SPBT daerah sabak Bernam telah mengikuti Rombongan Sambil belajar ke SK Bandar Anggerik, Shah Alam Turut serta dalam rombongan itu ialah ahli Kelab SPBT Sabak Bernam. Kira dia orang ni menemankan cikgu-cikgunya le.....
Nak dijadikan cerita.... Maka kami dijangka sampai jam 09.00 pagi.
Entah macam mana.... Tak pernah dibuat orang sampai sebelum masanya. Kelam kabut le mereka semua. Tapi sambutannya memang best. Tapi tak ada le kompang dan bunga manggar
Maka kami rombongan dari Sabak Bernam ini di sambut dengan amat mesra oleh Datin...
GB dia le.
Alang-alang dah melawat... semua pelusuk tempat saya jelajahi. Bilik BOSS, Bilik Kesihatan,Bilik J-Qaf, Pemulihan, Bilik Seni, PSS dan semua le...
Memang cantik, rapi dan teratur.. Sekolah tu, wajar dapat anugerah.
Saksikan le sendiri gambar yg saya tangkap ni... Gambar hensome saya memang le tak ada.. Juru kamera le katakan...
Akhirnya lawatan kami diakhiri dengan jamuan makan tengah hari. Lapar....
sedap le.
Selepas habis lawatan rasmi tu. Kitaorang pergi ke Muzium Shah Alam, Masjid Negeri,
dan Shoping kat Plaza Alam Sentral...
Kira best le.... dapat pergi rombongan ke Shah Alam.
Terima Kasih tak terhingga kepada Tn Hj Nasharuddin B. Salimi dan semua rakan-rakan
KS seperti Cikgu Kamal, Cikgu Razak, Cikgu Alias, Ustazah Laila, Cikgu Norehan dan...
semua le. Memang best dan jumpa lagi.... Bye.... Salam jumpa lagi.

2 ulasan:

siti noriza saleh berkata...

alahai...teringt masa2 jadi pustakawan mas zaman sekolah dulu...snggup cikgu2 ni gi bawa kitoarg smpai kelantan nun semata2 nak tgok apa yg bestnyer library diaorg...tapi...mmg best...he he he

cikgualias berkata...

Bile nak pegi jalan lagi... boring ler dok sekolah ngajor jer... Suruh ler Hj. Nasarudin wat Rombongan lgi.. pi kelantan ker.. boleh shopping....

...:Koleksi Lagu Pilihan:...