Nak cerita tentang hujung minggu lepas. Dah lama tak camping pada
3 hingga 5 Julai 2009 saya terlibat sebagai salah seorang
Fasilitator untuk Kempori Pengakap peringkat Sabak Bernam...
Memang dulu kegemaran aku, camping tu...Tak mandi 2 atau 3 hari tu biasa...
Tapi kini dah lama meninggalkan situasi itu.
Kempori ini melibatkan Pengakap Kanak-kanak, pengakap Muda dan remaja
dan merupakan salah seorang yg ada manikayu 4 kat Sabak Bernam ini maka
saya pun dipilih sebagai Fasilitator Korang tengok sendiri le gambar Cikgu Zailani kat atas ni, tengah buat demonstrasi
membuat gejet. Saya ni sebenarnya hanya mempunyai kepakaran di dalam
tali temali dan ikatan... tapi ok jugak le bab-bab gejek ni.Disamping itu juga dibantu oleh 2 orang helpers iaitu Afiqah dan Liyana yang comel2 dari SBPI saya telah ditugaskan sebagai stesyen ujian ikatan. Terima kasih le banyak2 kat adik
adik itu,
dan hujan lebat... Memang kesian, kesejukan, kedinginan, dan ......
itu bagi aku pengalaman biasa, tapi buat budak2 tu mungkin
kali pertama dan amat mencabar...
OK rasanya itu sahaja cerita saya pada kali ini
dan saya akan terus BERPENGAKAP.....
2 ulasan:
waa..da lame saya xcamping...eheheh
Teringat camping kat pantai kok, langkawi dulu. Best betul le.....
Catat Ulasan