23 November 2009

Tahniah Buat Anak-anak Murid ku

Syukur Alhamdulillah....
Itu lah antara kalimah yang mampu diucapkan. Ia setelah keluarnya keputusan UPSR pada khamis 19.11.2009 yang lalu. Bermacam-macam perasaan ada. Ini kerana saya antara tenaga pengajar untuk kelas peperiksaan UPSR 2009. Walaupun subjek Matematik mengalami penurunan tetapi setelah sehabis daya usaha saya untuk membantu mereka itulah hakikatnya. Ia mesti diterima. Tahniah banyak-banyak kepada:
1. Maryam Husna Bt Amir
2. Nadia Husna Bt Abd Rashid
3. Fazira Sari Bt Hasbolah
Diatas kecemerlangannya mendapat 5A.Ia memang membanggakan buat seorang murid dan ia kemuncak kejayaan disekolah kebangsaan. Bagi saya sebagai cikgu, itu semua ibarat satu cerita gembira dengan senyuman dan keseronokan yang sementara. Inilah hakikatnya "Ibarat LILIN, membakar diri menerangi orang lain". He.. he... apa pun saya terus seronok dan enjoy sebagai cikgu.

8 ulasan:

izakhairi berkata...

Salam Cikgu Zailani,

Tahniah dari saya atas kejayaan cikgu, semoga usaha kita sentiasa beroleh keberkatan

insan pendidik berkata...

salam,

tahniah atas kejayaan cikgu dan sekolah kerana berjaya melahirkan pelajar yang berjaya. Sebagai guru kepuasan kita hanya apabila melihat anak didik kita berjaya. Moga tahun depan bertambah cemerlang lagi.

erie berkata...

tahniah,teruskan usaha murni, kejayaan negara bergantung kepada semua guru.Syabas

ckLah @xiiinam berkata...

Salam..
Tahniah buat semua cikgunya!



Saya biasa lalu lalang di daerah ini..

Cikgu Zailani berkata...

Terima kasih kepada cikgu Izakhairi.
Selepas berpenat lelah dari bulan januari kini tiba le masanya nak REST... Rehat cuti panjang. Semoga lebih bersemangat untuk tahun 2010

Cikgu Zailani berkata...

Kepada insan pendidik..
Tugas saya di sekolah rendah,
Cikgu sambung di sekolah menengah
Ini bererti tugas kita saling perlu memerlukan...
Good Luck ye.....

Cikgu Zailani berkata...

erie....
Selamat datang ke blog cikgu zailani.
Salam persahabatan

Cikgu Zailani berkata...

Terima kasih Xiinam,
Bila lalu lagi bagi tau le...
Boleh jamu air kelapa muda sabak bernam....
Mengajar kat mana ye?

...:Koleksi Lagu Pilihan:...