16 Mac 2010

EaRgHHH... Stresss.

Selamat bersua kembali di blog yang amat saya sayangi ini. Bersyukur kehadrat Illahi kerana kita masih tetap maintain, sihat dan OK. Saya doakan agar pembaca blog ini dirahmati Allah. Oh ye…. Sebenarnya saya nak kongsi sedikit pengalaman dan cerita tentang STRESS. Lain macam aje…

Eya lah… Stress ni semua orang mengalami. Tak kita siapa pun dia. Orang kaya atau orang miskin sekali pun. Sesiapa yang tak boleh nak kawal STRESS maka ia amat mendatangkan merbahaya. Senang cerita boleh gila tau. ( Bila tekanan perasaan tu dah terlampau sangat…)

Ini ada PENAWAR STRESS. Kalau boleh diamalkan maka stress dapat dikawan. Apa ye?

1. Bertenang

2. Bernafas dengan dalam. Seduuttt…. Dan lepas

3. Berkata: RELEKLAH……

4. Beribadah. Ambik wuduk dan solat

5. Bercakap dengan seseorang. Tak kira le sesiapa pun. Mak we ke… kawan ke… yg penting jangan pendamkan perasaan stress itu.

6. Berurut. Refleksologi kan banyak. Try le…

7. Berehat dan mendengar muzik. Yg instrumental tau…. Pasang sound tu perlahan2 je….

8. Beriadah. Jalan2 kat tepi pantai, atau jogging atau main bola sepak

9. Bersenam. Lagi best bila pagi2 lepas bangun tidur

10. Berfikiran positif. Ini yang paling penting le… Anggap sesuatu yg terjadi tu ada hikmah disebaliknya.

Senang cerita Amalkan 10 B diatas ini untuk menghilangkan dan mengawal stress kita. OK selamat mencuba dan semoga anda semua sihat selalu. Jumpa lagi. I Love U

7 ulasan:

CIKGU NAMAN berkata...

jadi cikgu ni memang bnyk stressnya kan?

Cikgu Zailani berkata...

Pasal tu kena kawal STRESS...
Stress kalau berjaya dikawal dengan jayanya akan menjadikan kita lebih bagus dan cemerlang. Orang yg tank ada STRESS itu orang gila tau......

khai berkata...

..another idea, jgn benarkan perasaan menguasai fikiran. cewwwah, chakap senang arr..hehe, tp betulll..fikir itu pelita hati. kan chekgu?..

Tanpa Nama berkata...

Salam cikgu jawa

beribadah patut duduk no 1 kot cikgu, selesaikan masalah dengan solat dan bersabar baru yang lain2 rangkingnya...

Cikgu Zailani berkata...

To Khairiah...
Betul tu, perasaan yang memainkan peranan sebenarnya. Perasaan juga buat jiwa kacau

Cikgu Zailani berkata...

Tuan Hamdan Basiran
Solat itu paling utama,
Ia adalah penenang segala...
100% setuju
yg penting khusyuk dalam solat

md saidi md ibrahim berkata...

bagus cikgu...budak2 skarang ni kena blaja cara kawal stress.. maklumlah..dengan masalah ekonomi kta sekarang ni...terutamanya masalah kewangan.

...:Koleksi Lagu Pilihan:...