Assalamualaikum...
Buat pembaca blog ini saya doakan semoga sihat sejahtera dan ceria sentiasa. Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita dan respon tentang PERJUMPAAN IBU BAPA BERSAMA GURU TAHUN 6 yang telah diadakan pada 28 januari 2011.



Pendekatan & Perlaksanaan untuk kelas 6 Bestari 2011.
Bagi mencapai matlamat 15 orang A didalam Matematik yang ditetapkan maka pendekatan khas telah dirancang khusus.
1. Pembelajaran dan pengajaran didalam kelas dimulakan dengan topik baru sejak awal tahun yang lalu. Ia itu Average, Pie Chart dan Interpreting Data. Tajuk lain seperti time, money, percentage, decimal dan fraction telah dipelajari ditahun 4 dan 5 akan difokuskan didalam ulangkaji. Tambah, tolak, darab dan bahagi hanya perubahan digit sahaja.
2. Program khas yang berfokuskan UPSR telah saya rancang dan akan dilaksanankan selepas cuti persekolahan pertengahan penggal ke1 sehingga tarikh peperiksaan UPSR 2011
PROGRAM LAMPU
Akronim daripada Latihan Awal Menghadapi Peperiksaan UPSR ( LAMPU )
Bertujuan memberi latihan, utk menyiapkan diri dengan peperiksaan sebenar. Selepas Ujian akan dijalankan perbincangan untuk mencari kelemahan untuk diperbaiki.
1. Dijalankan didalam kelas.
ISNIN
2 waktu MT ( Ujian Kertas 2)
SELASA
2 waktu MT ( Ujian Kertas 1 )
RABU
2 waktu MT ( Perbincangan K2 )
RABU
2 waktu PJ (perbincangan K1)
KHAMIS
1 waktu (memperbaiki kelemahan)
2. Markah diambil untuk analisis bersama murid
3. Berjalan didalam kelas sehingga UPSR
4. Lembaran kerja / Set soalan diperlukan
BUKU LAMPU
Buku yang menyimpan hasil kertas ujian. Setiap pelajar perlu membina graf bar untuk setiap markah ujian LAMPU.
1. Setiap lepas ujian LAMPU
2. Kertas soalan tidak hilang
3. Boleh buat ulangkaji hasil perbincangan
4. Graf menjadi motivasi untuk terus meningkat
BAWA LEMBAGA
Ia adalah kaedah, teori, cara, teknik, cepat sifir atau AKRONIM, rahsia matematik yang memudahkan penyelesaian yang boleh diingat didalam minda murid secara mudah.
(tidak dapat dijelaskan lebih lanjut kerana ia merupakan inovasi saya didalam Kajian Tindakan untuk tahun ini)
Ini adalah pendekatan yang saya ketengahkan untuk calon-calon UPSR pada tahun 2011 yang tak dapat saya sampaikan dan kongsikan idea bersama ibu bapa. Bagi mereka yang prihatin boleh lah respon pada blog saya ini atau pada Facebook saya.

Harapan ibu bapa dan harapan saya adalah sama iaitu ingin melihat anak-anak murid saya di kelas 6 Bestari semua mendapat sekurang2nya B didalam subjek Matematik seperti tahun lepas. Sama-samalah kita doakan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan