recent posts

sELaMaT dAtANg kE wEB BloG ciKgu ZaiLaNi

19 June 2011

Setiausaha Sukan

Assalamualaikum...
Semoga para pembaca blog saya ketika ini sihat ceria dan seronok. Mmm... Kali ini saya nak cerita tentang Setiausaha Sukan Sekolah. Saya le tu.. Dah cukup berpengalaman. Tahun 2011 ni dah masuk tahun ke 7 saya jadi setiausaha sukan. Menjelang Temasya Sukan SKPB 2011 kali ini yang paling penting ialah Kertas Kerja Sukan. Kepada sesiapa yang nak kongsi kertas kerja sukan boleh le download dengan klik link dibawah ni

KERTAS KERJA SUKAN

Ini le gambar semasa membuat garisan padang untuk Temasya Sukan SKPB 2011. Sebelum mula latihan kena buat garisan dulu. Ukur padang dan gelek minyak. Pendek kata memang jadi kelam le wajah kerana dibakar panas mentari. Ini lah cikgu, kena serba boleh....

Syukur Alhamdulillah....
Setelah penat buat padang dan latihan, pada suatu hari tu datang le LORI MILO bagi minum FREE... Terima kasih le banyak2. Macam mereka ni mengetahui para guru dan murid2 di SK Parit Baharu ni memerlukan minuman berkhasiat itu.

Ini kerja2 padang memasang kayu di keliling balapan. Pendek kata... semua mesti kena tau dan boleh buat. Tapi yang penting adalah kerja sama. kalau tak teruk le....

Bila Setiausaha sukan semua tentang teknikal, permulaan larian, pertukaran batton memang diserahkan kepadanya. Pembacaan dan pengalaman amat membantu. Demi untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek maka semua itu perlu dikuasai...

Walaupun saya rumah BIRU tetapi kesemua murid mesti diajar secara adil dan saksama. Latihan amat perlu kepada murid sekolah rendah ini. Penerangan mesti jelas agar apa yang diharapkan boleh berjaya. OK le... tunggu entry lain tentang Sukan SKPB 2011 di lain kali.

4 comments:

Fikri Rais said...
This comment has been removed by the author.
Fikri Rais said...
This comment has been removed by the author.
Fikri Rais said...

cikgu serba boleh !!! :)

Apa Kejadahnya !!!

Cikgu Zailani said...

Tahun 2012 nak pencen dari SU sukan. Tak mau dah....

...:Koleksi Lagu Pilihan:...