26 April 2013

Penghakiman Anugerah Guru Inovatif

Assalamualaikum...
Semoga para sahabat dan semua pembaca sihat disamping keluarga dan tugasan. Hari ini saya bertuah kerana telah didatangi oleh 4 orang panel penilai  Anugerah Guru Inovatif Negeri Selangor. Mereka hadir untuk menghakimi inovasi saya iaitu LAMSAM

Syukur Alhamdulillah...
dalam pada kesibukan dan kesuntukan waktu dapat juga saya menyahut cabaran Anugerah Guru Inovatif ini. Terima Kasih juga kepada panel penilai kerana telah memberikan banyak idea, teguran yang amat berfaedah untuk saya meningkatkan lagi inovasi ini.
 Memang segala pengalaman dan pengetahuan sebagai guru matematik tercabar dan teruji. Eya lah.... Pakar-pakar Negeri Selangor yang memantau. Dengan sedaya upaya saya, itulah yang termampu. Untuk kali pertama ini saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Namun jika ada peluang untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pun BEST jugak.... he3x...
 Ini lah antara panel penilai. Sempat posing lagi... Terima kasih tuan
 Sessi penerangan dan pencerahan. Memang berpeluh 4 lawan 1 le katakan.... Ini Kali lah?
 Ternyata peluang dan kesempatan ini mampu menjadi pemangkin untuk saya terus maju dan cemerlang didalam profesyen perguruan. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan dorongan.... TQvm

2 ulasan:

Che Jai berkata...

Semoga berjaya

Tanpa Nama berkata...

Mintak tolong nak copy dan apply utk pemulihan kelas saya yer...

...:Koleksi Lagu Pilihan:...