17 Mac 2021

Teknik Menjawab Soalan Pemboleh Ubah Sains UPSR

 

Selamat menonton video ini. Ia adalah satu perkongsian yang sangat berfaedah. Kepada semua anak murid saya sila download dahulu lembaran kerja dahulu ye...

Klik dulu untuk download lembaran kerja dahulu ye

LEMBARAN KERJA


Semoga anak-anak murid saya telah mendapat pengetahuan yang berguna. TQvm


10 November 2020

Sessi persekolahan tahun 2020 ditangguhkan sehingga 20 Januari 2021

Hai... 
Semua warga pendidikan, murid-murid dan semua ibu bapa. Majlis Keselamatan Negara telah menyambung PKPB bagi negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, disebabkan pendemik COVID 19 di Malaysia semakin meningkat menjadi ribuan maka MKN telah memerintahkan PKPB seluruh Semenanjung Malaysia kecuali perlis, pahang dan kelantan. 


 Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menutup semua sekolah dan institut pendidikan. Bagi sekolah-sekolah sessi pembukaan hanya akan diadakan semula pada 20 Januari 2021

Walau bagaimana pun sessi pembelajaran masih diadakan secara dalam talian atau pembelajaran dirumah sehingga 18 Disember 2020. Diharap motivasi dan semangat murid-murid masih berkobar-kobar untuk mendapatkan ilmu. 

Dan cikgu zailani masih tetap memberikan pengajaran secara video
di Channel Youtube
www.youtube.com/c/cikguzailani


06 November 2020

Kelas Pembelajaran Norma Baharu

Tahun 2020 ini sangat mencabar. Pandemik COVID 19 telah banyak mengubah cara berfikir dan proses pendidikan di sekolah. 

Hari ini saya nak kongsi bagaimana kelas pdpc yang saya jalankan di sekolah yang diikuti oleh anak-anak murid dirumah. #stayathome kerana perintah kawalan pergerakan bersyarat atau PKPB. 





26 Februari 2020

Pembentang di Seminar Pendidikan Peringkat Antarabangsa anjuran KISTARP

Throw back tahun 2019 yang mana ini adalah salah satu seminar yang saya ikuti anjuran KISTARP dengan UNIKL. 

Tahun 2020 ni, dimulakan dengan bertindak sebagai urusetia untuk SABIC 2020

ANDA SEORANG GURU, PENSYARAH DAN PENTADBIR YANG BERINOVASI????JOM SERTAI SABIC 2020
๐Ÿ’ก๐Ÿ”ฎ๐Ÿฆ ๐Ÿ“ป๐Ÿ“ ๐Ÿ“Ÿ

Adakah anda telah menghasilkan bahan atau alat bantu mengajar yang berkonsepkan ciri-ciri Abad
ke -21 ciptaan sendiri. Kenapa tidak anda kongsikan untuk manfaat guru dan pelajar seluruh negara.

Anda adalah INOVATOR yang kami cari???

Sertai kami di ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

SABAK BERNAM INNOVATION COMPETITION (SABIC 2020)

Butiran adalah seperti berikut:

๐Ÿ—“ 24 Mac 2020/ Selasa
⏰ 8:00am - 5:00pm
๐Ÿซ Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam (PSIS)
      ( https://g.page/InfoPSIS?share )

Sasaran Peserta :
๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿซ Guru & Pensyarah
๐Ÿง“ Pelajar
๐Ÿ‘จ‍๐Ÿซ Warga yang berminat
     
Hadiah
๐ŸŽ–Platinum + Sijil
๐Ÿฅ‡Gold + Sijil
๐ŸฅˆSilver + Sijil
๐Ÿฅ‰Bronze + Sijil

Faedah menyertai pertandingan ini
✅ Manfaat projek inovasi yang dihasilkan.
✅ Peluang berkongsi idea inovasi
✅ Mengetengahkan bakat Dan potensi guru Dan murid
✅ Mewujudkan budaya prihatin guru terhadap perubahan kurikulum Abad ke-21

๐Ÿ”ฐ Rujuk maklumat lanjut tentang pertandingan di
http://gg.gg/maklumat_pertandingan

๐Ÿ”ฐ Tarikh Penting
Pendaftaran sehingga :
01 Mac 2020

Daftar SEGERA :
http://bit.do/borang_pendaftaran_inovasi

Peserta akan diberi link Telegram peserta selepas pendaftaran Dan pembayaran dibuat.

Hubungi melalui link telegram:

En.Zulhakim Munjari
Pn.Nurul Yakin
Pn.Afzan Dzolkarnaini
En.Mohammad Faiz Rahman
En.Mohd Zailani Somingan
http://gg.gg/SABIC-2020-INFO

07 Februari 2019

Selamat Bersara Cikgu Siti Zubaidah

Alhamdulillah.... Hari ini 1 Februari 2019 dapat berkongsi kenangan indah terakhir bersama Cikgu yang sangat terkenal dengan penyayangnya di SK Parit Baharu kerana telah menamatkan perkhidmatan selama 33 tahun didalam dunia pendidikan.

Tahniah cikgu kerana terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang telah kita kongsikan sepanjang berada dan sesama bertugas di sekolah ini. Semoga selepas ini cikgu akan lebih ceria, seronok dan dapat beristirehat bersama keluarga tersayang. Terima kasih cikgu

...:Koleksi Lagu Pilihan:...