
Selamat bersua kembali di blog yang amat saya sayangi ini. Bersyukur kehadrat Illahi kerana kita masih tetap maintain, sihat dan OK. Saya doakan agar pembaca blog ini dirahmati Allah. Oh ye…. Sebenarnya saya nak kongsi sedikit pengalaman dan cerita
tentang STRESS. Lain macam aje…
Eya lah… Stress ni semua orang mengalami. Tak kita siapa pun dia. Orang kaya atau orang miskin sekali pun. Sesiapa yang tak boleh nak kawal STRESS maka ia amat mendatangkan merbahaya. Senang cerita boleh gila tau. ( Bila tekanan perasaan tu dah terlampau sangat…)
Ini ada PENAWAR STRESS. Kalau boleh diamalkan maka stress dapat dikawan. Apa ye?
1. Bertenang
2. Bernafas dengan dalam. Seduuttt…. Dan lepas
3. Berkata: RELEKLAH……
4. Beribadah. Ambik wuduk dan solat
5. Bercakap dengan seseorang. Tak kira le sesiapa pun. Mak we ke… kawan ke… yg penting jangan pendamkan perasaan stress itu.
6. Berurut. Refleksologi kan banyak. Try le…
7. Berehat dan mendengar muzik. Yg instrumental tau…. Pasang sound tu perlahan2 je….
8. Beriadah. Jalan2 kat tepi pantai, atau jogging atau main bola sepak
9. Bersenam. Lagi best bila pagi2 lepas bangun tidur
10. Berfikiran positif. Ini yang paling penting le… Anggap sesuatu yg terjadi tu ada hikmah disebaliknya.
Senang cerita Amalkan 10 B diatas ini untuk menghilangkan dan mengawal stress kita. OK selamat mencuba dan semoga anda semua sihat selalu. Jumpa lagi. I Love U