Memaparkan catatan dengan label Kaedah Pengajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kaedah Pengajaran. Papar semua catatan

24 Februari 2014

Penilaian Guru Inovatif Wakil Selangor ke Kebangsaan 2014

Syukur Alhamdulillah...
Hari ini panel penilai telah sudi melihat inovasi saya bagi wakil Selangor ke peringkat Kebangsaan. Jika ada rezeki, akan saya usahakan lagi. Jika tidak pun saya dah cukup puas hati kerana ia adalah satu pengiktirafan yang tidak pernah terfikir untuk saya perolehi.
LAMSAM masih saya pertaruhkan untuk kali ini, ia adalah idea saya hasil daripada beberapa kajian tindakan dan permasalahan setempat anak murid saya. Kerana itu lah ia amat dekat dengan saya, dan amat memahami 100% kaedah ini.

 Sempat juga BANNER ini saya siapkan, semuanya idea saya dan terima kasih kepada ex-student saya MOHD ADIB LASUAN yang sangat membantu. Harganya pun RM15 je untuk satu. Terima kasih banyak2...
 En Azhar dan En Ismail dari JPN Selangor sedang menyoal dan memberikan saranan serta idea yang mampu menjadikan ia lebih baik lagi. Nampaknya lepas ini LAMSAM akan jadi Brand saya le...
 Ini bilik kelas saya, yang telah saya kreatifkan dan inovasikan. Jari2 comel itu sangat menarik minat panel penilai. Insya allah jika terpilih ke peringkat kebangsaan, saya akan tambah lagi koleksi JARI2 COMEL itu.
Akhirnya, terima kasih kepada semua yang telah membantu, menyokong, memberikan idea, mengkritik sehingga saya berani untuk menonjolkan diri. Anugerah Guru Inovatif negeri Selangor telah mengubah idea dan pemikiran saya untuk terus melonjakkan paradigma tanpa bergantung harap pada sesiapa. Terima kasih semua.... I Love U semua.

23 Mei 2013

Terima Kasih Semua Yang Membantu

Assalamualaikum....
Bersyukur kehadrat Allah kerana hasilnya penat lelah ini berbaloi, Sempena Sambutan Hari Guru Negeri Selangor 2013 di MAEPS Serdang ni merupakan saat paling istimewa sebagai seorang Guru
 Hadiah paling bernilai sempena Hari Guru 2013 ini ialah pengiktirafan ANUGERAH GURU INOVATIF NEGERI SELANGOR 2013 yang paling besar maknanya didalam kerjaya saya sebagai seorang guru
 Terima kasih yang tak terhingga kepada semua insan2 yang tersayang yang berada disekeliling saya yang tak jemu2 memberikan kata2 semangat dan perangsang untuk kejayaan ini.
 Tidak dilupakan juga kepada semua rakan2 guru sama ada disekolah, di FB dan Follower blog ini yang sentiasa memberikan idea dan sumbangan sehingga tercapai anugerah ini. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu memberikan ganjaran kepada anda.
 Anugerah ini sebenarnya adalah pendorong kepada saya untuk terus gigih didalam memajukan pendidikan disekolah. Semoga selepas ini dapat lebih rajin dan cemerlang lagi.
 Ternyata pengalaman ini amat berguna dan sedia untuk dikongsi bersama rakan2 semua. Insya allah jika ada kesempatan boleh le kita kongsi2 kan
Dan akhirnya sebagai satu perkongsian saya kepada anda semua sila dapatkan MANUAL LAMSAM secara PERCUMA sempena penganugerahan ini. klik dibawah ni ye. Terima Kasih semua.....

08 Mei 2013

GAYA DAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR

Kita sudah lama mengajar di sekolah dan menempuh pelbagai pengalaman semasa berhadapan dengan pelajar. Mungkin kita mempunyai pengalaman yang tersendiri. Ada sesetengah kita yang merasa apa yang kita ajar disukai oleh pelajar tetapi rupa-rupanya ramai yang tidak menyukai kerana mereka tidak diberi peluang menjalankan aktiviti sendiri. Bayangkanlah di dalam sesebuah kelas, biasanya terdapat lebih kurang tiga puluh hingga empat puluh orang pelajar. Walaupun mereka mempunyai peringkat umur yang hampir sama tetapi kebolehannya adalah berbeza-beza. Gaya pembelajaran juga adalah tidak sama. Oleh itu kita sukar memahami dan mengetahui dengan tepat bagaimana cara pembelajaran seseorang pelajar.

Mengikut ahil-ahli psikologi, setiap pelajar mempunyai kaedah pembelajaran yang tersendiri. Ada yang suka belajar dengan cara membaca serta menghafal bersendirian, belajar apabila disuruh belajar, pembelajaran berdasarkan pengalaman, pembelajaran secara latihan, pembelajaran secara kumpulan, pembelajaran secara mendengar, pembelajaran secara inovatif, pembelajaran secara meniru dan pelbagai lagi gaya yang tersendiri dan unik.Di rumah mungkin kita melihat anak-anak suka membaca buku atau belajar sambil memasang lagu-lagu yang disukai. Kita tidak merasa yakin sama ada apa yang dipelajari boleh diingat ataupun hilang bergitu sahaja. Berikut diterangkan secara ringkas gaya dan pendekatan pembelajaran di kalangan pelajar.

1. Belajar Sendiri dan Membuat Hafalan
Kaedah pembelajaran cara ini kebiasaannya pelajar suka belajar sendiri di asrama atau di rumah berdasarkan nota-nota yang sempat disalin di dalam kelas. Ia bergantung kepada masa-masa yang sesuai terutama waktu malam atau di tempat yang sunyi. Antara yang dilakukan ialah memperkemaskan nota-nota atau membentuk nota yang lebih kecil, membaca semula untuk mengekalkan jangka masa yang panjang dan
membuat ulangkaji yang berterusan. Ia akan bertanya sesuatu sekiranya tidak memahami sesuatu tajuk terhadap rakan-rakan dan juga guru. Pelajar jenis ini kebiasaan mempunyai motivasi dalaman, keyakinan yang tinggi dan mempunyai disiplin yang baik. Ia juga tidak mahu diganggu oleh rakan sebaya kerana berkemungkinan membuang masa. Pembelajaran secara sendiri atau lebih kepada pemusatan pelajar adalah sesuai juga kerana guru tidak payah memberikan arahan yang berterusan.

...:Koleksi Lagu Pilihan:...