Memaparkan catatan dengan label TAMBANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAMBANG. Papar semua catatan

24 Februari 2014

Penilaian Guru Inovatif Wakil Selangor ke Kebangsaan 2014

Syukur Alhamdulillah...
Hari ini panel penilai telah sudi melihat inovasi saya bagi wakil Selangor ke peringkat Kebangsaan. Jika ada rezeki, akan saya usahakan lagi. Jika tidak pun saya dah cukup puas hati kerana ia adalah satu pengiktirafan yang tidak pernah terfikir untuk saya perolehi.
LAMSAM masih saya pertaruhkan untuk kali ini, ia adalah idea saya hasil daripada beberapa kajian tindakan dan permasalahan setempat anak murid saya. Kerana itu lah ia amat dekat dengan saya, dan amat memahami 100% kaedah ini.

 Sempat juga BANNER ini saya siapkan, semuanya idea saya dan terima kasih kepada ex-student saya MOHD ADIB LASUAN yang sangat membantu. Harganya pun RM15 je untuk satu. Terima kasih banyak2...
 En Azhar dan En Ismail dari JPN Selangor sedang menyoal dan memberikan saranan serta idea yang mampu menjadikan ia lebih baik lagi. Nampaknya lepas ini LAMSAM akan jadi Brand saya le...
 Ini bilik kelas saya, yang telah saya kreatifkan dan inovasikan. Jari2 comel itu sangat menarik minat panel penilai. Insya allah jika terpilih ke peringkat kebangsaan, saya akan tambah lagi koleksi JARI2 COMEL itu.
Akhirnya, terima kasih kepada semua yang telah membantu, menyokong, memberikan idea, mengkritik sehingga saya berani untuk menonjolkan diri. Anugerah Guru Inovatif negeri Selangor telah mengubah idea dan pemikiran saya untuk terus melonjakkan paradigma tanpa bergantung harap pada sesiapa. Terima kasih semua.... I Love U semua.

17 Februari 2014

Mudah Menolak dengan JARUM

Menolak Menggunakan Kaedah JARUM


Ini satu Kaedah yang telah diinovasikan oleh Cikgu Zailani. JARUM merupakan salah satu daripada LAMSAM iaitu LAngkah Mudah Selesaikan Matematik. Kaedah ini telah melayakkan beliau menerima Anugerah Guru Inovatif 2013 peringkat Negeri Selangor.

...:Koleksi Lagu Pilihan:...