Memaparkan catatan dengan label Motivasi UPSR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi UPSR. Papar semua catatan

02 Januari 2013

Dah mula kerja...

Hari ini 2 Januari 2013 adalah hari pertama sessi persekolahan 2013. Ini bermakna hari pertama jugalah saya berkerja kembali selepas bercuti panjang. Tentunya BERSEMANGAT dan berkobar-kobar. 
Emmm... Persiapan untuk menyambut sessi pertama BERKERJA 2013 ni dah siap awal-awal. Eya lah... untuk menambahkan MOTIVASI dan seronok berkerja mestilah ada BAJU BARU, Kasut baru, Seluar baru dan ... Pendek kata semuanya nak yang baru jugak le....
RINDU rasanya sessi perhimpunan pagi mcm ni. Hari pertama memang nampak semuanya ceria. Kepada semua anak murid saya semoga tahun 2013 ini akan lebih bermotivasi untuk menuntut ilmu dan cemerlang didalam pelajaran. Ingat "Hanya dengan PENDIDIKAN sahaja kita mampu memperbaiki kehidupan kita"
OK kepada rakan-rakan guru, selamat menjalankan tugas untuk sessi 2013 dengan lebih berdedikasi dan bermotivasi. TQ...

09 November 2012

Selamat Bercuti

Persekolahan untuk sessi 2012 telah berakhir pada JUMAAT 9.11.2012 dan akan bermula lagi tahun hadapan. Bagi anak-anak murid ku sayang... diharap jangan lupakan BUKU sepanjang cuti ini. Baca lah apa-apa buku sekali pun. Buku Cerita, Majalah, Buku Teks kegunaan 2013 atau surat khabar. Ingat MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU
Bagi keluarga yang berkemampuan boleh le menikmati percutian sambil makan angin untuk menambahkan pengalaman dan melihat keindahan alam ciptaan ALLAH. Jangan lupa juga mensyukuri nikmatNya dan segala rahmat yang telah dikurniakan kepada kita.
 Bagi yang terakhir di SK Parit Baharu ini, diharap jangan lupakan sekolah ini. Buatlah sesuatu yang TERBAIK juga di sekolah baru kelak. Ingat juga pesan cikgu-cekgi di sini. Jangan sombong diri dan pandai-pandailah berkawan di sekolah baru. Selamat maju jaya...
Buat rakan-rakan guru, ternyata TERSENYUM lebar dengan sessi percutian yang telah bermula ini. Hilangkan STRESS, Jiwa kacau atau buang segala yang tak seronok disepanjang persekolahan sessi lepas. Eya lah.... Buang le jauh2 di Cherating ke... JB, Morib, atau mana-mana tempat yang boleh hilangkan semua itu. Betul tak? Enjoy semua...
Akhirnya... buat semua SELAMAT BERCUTI

07 November 2012

Semua Insan Memang Mahukan Penghargaan

Assalamualaikum....

TERIMA KASIH kepada semua yang banyak membantu saya sepanjang tahun ini. Rakan2 adalah penguat dan penyokong kita semasa menjalankan tugasan. Eya lah.... sebagai seorang guru yang kini memang banyak cabaran dan tekanan.
Bersyukur kehadrat Illahi kerana selepas 15 tahun saya berkhidmat disekolah ini pada tahun ini ada PENGHARGAAN untuk guru-guru. Sempena Majlis Kecemerlangan Pelajar SK Parit baharu disampaikan juga Anugerah Pembimbing Terbaik, Guru Penasihat Sukan, Persatuan dan Unit Seragam terbaik. Panghargaan ini memang amat besar ertinya dan seorah2 menyuntik semangat untuk terus berkerja di tahun hadapan.

Untuk memberi penghargaan tu sebenarnya bukan susah. Tapi ada kalanya kalangan PENTADBIR ni memang sukar dan susah memberikan PENGHARGAAN. Ia cukup dengan mengucapkan TAHNIAH, SYABAS, TERIMA KASIH sambil menepuk belakang. Penghargaan ini amat didahagakan oleh semua insan. Mereka tahu dan telah belajar tapi nak buat tu yang susah.

Apa pun TAHNIAH yang tak terhingga kepada PENTADBIRAN di sekolah saya kerana pada tahun ini telah mengorak langkah membuat pembaharuan yang sangat BAIK. Harap2 ia akan terus dikekalkan dimasa akan datang.

26 November 2009

Memburu Impian...

Hai... Apa khabar.
Tentu korang semua terdengar lagu latar kat blog saya ni kan. Lagu ni tajuknya Memburu Impian nyanyian Kazar. Ala Bomoh Degawan dalam cerita susuk tu....

Sebenarnya lagu itu yang saya selalu mainkan untuk ceramah motivasi saya. Ia ringkas, ada mesej dan penuh semangat. Memang le saya bukan motivator yang berconsultant yang dibayar ribuan ringgit sejam. Tetapi motif, matlamat, tujuannya sama. Oh ye... Sempena itu saya nak kongsikan lirik lagu ini dengan semua pembaca. Boleh le korang baca... Hayati.... dan renungi. Nanyi sekali pun tak apa. Boleh....

MENUJU IMPIAN… Kazar

Ku jejak jalan yang berliku

Membara jiwaku memburu impian

Ku redah lautan gelora

Biarpun tersadai dihujung dunia

Akan ku tempuhi

Segala rintangan

Biarpun rebah

Kubalut sendiri

Akan ku genggam biar pun hitam

Menjadi milik ku…

Ku mula dengan langkah ini

Menuju sinaran yang abadi


Kalau cikgu2, rakan2 dan sesiapa nak ambik lagu ini dan nak mainkan sebagai lagu motivasi atau apa2 pun.... sila le.
Sebab ilmu yang bermanfaat elok dipanjang2 kan
Untuk dunia dan akhirat.
Bye...........

...:Koleksi Lagu Pilihan:...