@cikguzailani Buku Yang Wajib dimiliki. PERMATA UMAT 30 kisah sahabat nabi. #teacherlife #tiktokgurumalaysia #foryourpage #sinarharian #tiktokmalaysia #telagabiru #bukuviral #beritaharian
♬ original sound - Cikgu Zailani 🇲🇾 - Cikgu Zailani 🇲🇾
Memaparkan catatan dengan label Guru inovatif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Guru inovatif. Papar semua catatan
04 Mei 2018
Selamat Hari Guru 2018
sekolah, MPSAH, cikgu zailani,
Guru Cemerlang,
Guru Cemerlang Sains,
Guru inovatif,
Guru Pemacu Transformasi Pendidikan,
Mohd Zailani Somingan,
Selamat Hari Guru 2018
19 Mei 2016
Cikgu Zailani mungkin jadi Dr Zailani?
Bila saya dah lama di dalam profesyen ini maka cinta dan jiwa raga telah menyubur. Asal dari putik, telah jadi daun dan bunga. Kini telah jadi buah yang subur. Itulah kerjaya saya. Cikgu Muhammad Zailani Somingan tak mungkin jadi doktor. Biarlah ia jadi memori yang tak berjaya direalisasikan.
Sempena sambutan hari guru yang lepas, imbauan memori lama terputik kembali. Ya... Dulu saya pernah bercita-cita ingin menjadi Doktor. Tetapi profesyen saya kini telah semakin dicintai dan tak mungkin ditinggalkan lagi. Ternyata khidmat saya adalah untuk dunia pendidikan.Bersyukur kehadrat Illahi sepanjang lebih 19 tahun disini pelbagai kejayaan dan anugerah telah saya terima. Ia menjadikan dunia pendidikan ini telah semakin bersemi dan akan terus saya kuasai serta harumkan. Terima kasih kepada insan-insan yang telah banyak membantu saya. I Love U
16 Mei 2016
Terima Kasih ye Anak Muridku..
Sambutan Hari Guru tahun ini saya rasakan sangat istimewa dan penuh kelainan. Seperti sebelum ini juga saya masih menyambut hari guru di SK Parit Baharu. Nak masuk 19 tahun dah disini. Kira otai jugak la...
Kelainannya ialah tema sambutan pada tahun ini "Kalau Saya Bukan Guru" menyebabkan pelbagai keunikan telah dipersembahkan. Murid-murid juga bertambah pengetahuan tentang kerjaya profesional yang boleh menjadi pilihannya.
Saya memilih DOKTOR sebagai penampilan istimewanya. Kenapa Doktor? He3x.... biarlah rahsia
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti sukaneka, permainan, memotong kek, nyanyian dan jamuan.
Terima kasih kepada semua murid, guru dan kakitangan SK Parit Baharu diatas kerjasama yang telah diberikan sepanjang sambutan ini. Sayang semua
sekolah, MPSAH, cikgu zailani,
Anugerah Guru Inovatif Negeri Selangor 2013,
Anugerah perkhidmatan cemerlang,
Cikgu Zailani,
Guru inovatif,
Sekolah Kebangsaan Parit Baharu,
SK Parit Baharu
19 Mac 2016
Sifir 7,8 dan 9
Mari kita kongsi kan kaedah ini
sekolah, MPSAH, cikgu zailani,
Anugerah Guru Inovatif Negeri Selangor 2013,
Cikgu Zailani,
Guru inovatif,
Muhammad Zailani Somingan,
PPD Sabak Bernam
27 Mei 2015
RUNO-BUNO telah mengangkat sebagai Guru Inovatif 2015
Assalamualaikum kepada semua sahabat sekalian. Inovasi saya pada tahun ini telah melayakkan saya untuk menerima Anugerah Guru Inovatif Daerah Sabak Bernam bagi tahun 2015. Ini adalah pengiktirafan kali ke2 selepas kali pertama pada tahun 2013
RUNO-BUNO ialah akronim daripada perkataan RUmah NOmbor
dan BUndar NOmbor. Ia merupakan satu bahan bantu belajar yang membantu
mengvisualkan penyelesaian matematik yang abstrak
Diinovasikan hasil
daripada 2 kajian tindakan yang telah dijalankan bagi mengatasi masalah murid
di dalam mengenal nombor, nilai tempat, menukar angka ke perkataan, menukar
perkataan ke angka dan membundarkan nombor. Kaedah RUNO-BUNO ini amat membantu
kelompok murid yang sukar memahami konsep asas, ia adalah alternatif daripada proses penyelesaian yang biasa.
Selain daripada kaedah, RUNO-BUNO juga dihadirkan
dalam bentuk pembaris bantu belajar untuk murid dan alat untuk bantu mengajar
kepada guru. Keistimewaan inovasi ini, keseluruhan topik awal iaitu asas nombor
dari tahun 1 hingga tahun 6 telah
berjaya diatasi.
sekolah, MPSAH, cikgu zailani,
Anugerah Guru Inovatif Negeri Selangor 2015,
Cikgu Zailani,
Guru inovatif,
Guru Malaysia,
Guru Paling Popular 2015,
Muhammad Zailani Somingan,
RUNO-BUNO
27 Mac 2015
Pengkarya Guru 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog ini. Hari ini saya melangkah setapak lagi didalam kerjaya pendidikan ini bila berpeluang untuk menjadi penulis buku. Terima kasih kepada majlis buku kebangsaan malaysia sebab menjadi pemangkin untuk merealisasikan impian saya
Lebih bermakna apabila mendapat bimbingan daripada ramai penulis2 yg berpengalaman spt Rahman Saari, Khadijah Hasyim, Awang Saryan dan ramai lagi. Memang ia satu pengalaman yang sangat istimewa kepada saya
Penerbitan Seri Kenanga telah bersetuju untuk menerbitkan manuskrip saya. Rasa amat teruja dan bersyukur diatas kesempatan ini. Ini baru langkah permulaan untuk saya dan semoga selepas ini akan lebih banyak lagi buku-buku yang ditulis oleh Muhammad Zailani Somingan
Semoga dengan lahirnya buku yang pertama saya ini akan menjadi pembakar semangat untuk terus menjadi PENULIS.
sekolah, MPSAH, cikgu zailani,
Guru inovatif,
Majlis buku kebangsaan,
Muhammad Zailani Somingan,
pengkarya guru 2015
07 Februari 2015
Berkongsi Ilmu di ILDAS
Assalamualaikum dan semua pembaca agar sihat diketika ini. Pada post kali ini saya ingin kongsikan beberapa gambar semasa menghadiri Seminar Motivasi Kepimpinan Pelajar bersama murid-murid SK Tebok Jawa yang telah diadakan di Institut Latihan dan Dakwah Selangor, Sg Lang, Sabak Bernam, Selangor
Kesekian kalinya menghadirkan diri ke sekolah tempat saya belajar dahulu amat mengujakan. Terlebih lagi bila bertemu lagi guru-guru saya dahulu. Terasa sangat bahawa ilmu saya ini tidak memadai untuk berceramah dihadapan mereka.
"Disini lahirnya sebuah cinta" begitulah ibaratnya bila kembali semula ke tempat kita belajar dahulu. Syukur juga saya masih boleh berkongsi idea, tips dan beberapa kaedah mudah belajar untuk digunakan oleh murid-murid disini.
Semoga kita boleh terus berkerjasama dan kepada sesiapa sahaja yang ingin berkongsi ilmu "LAMSAM" dan "Tips Mudah Menjawab Matematik" boleh berhubung dengan saya. Sekian terima kasih. I Love U all.....
sekolah, MPSAH, cikgu zailani,
Anugerah Guru Inovatif Negeri Selangor 2013,
Guru inovatif,
Kaedah LAMSAM,
Muhammad Zailani Somingan,
Seminar Tips Mudah Menjawab Matematik
10 Mac 2014
Belajar Kaedah Garpu
Mari kita kongsi video terbaru bersama saya
Perkongsian ini percuma. Sekiranya berminat untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan
Cikgu Zailani di 019-4266774
sekolah, MPSAH, cikgu zailani,
Anugerah Guru Inovatif Negeri Selangor 2013,
Cikgu Zailani,
Guru inovatif,
Guru Malaysia,
Muhammad Zailani Somingan,
PdP Matematik,
Pentadbiran Pendidikan,
PPD Sabak Bernam
24 Februari 2014
Penilaian Guru Inovatif Wakil Selangor ke Kebangsaan 2014
Syukur Alhamdulillah...
Hari ini panel penilai telah sudi melihat inovasi saya bagi wakil Selangor ke peringkat Kebangsaan. Jika ada rezeki, akan saya usahakan lagi. Jika tidak pun saya dah cukup puas hati kerana ia adalah satu pengiktirafan yang tidak pernah terfikir untuk saya perolehi.
Hari ini panel penilai telah sudi melihat inovasi saya bagi wakil Selangor ke peringkat Kebangsaan. Jika ada rezeki, akan saya usahakan lagi. Jika tidak pun saya dah cukup puas hati kerana ia adalah satu pengiktirafan yang tidak pernah terfikir untuk saya perolehi.
LAMSAM masih saya pertaruhkan untuk kali ini, ia adalah idea saya hasil daripada beberapa kajian tindakan dan permasalahan setempat anak murid saya. Kerana itu lah ia amat dekat dengan saya, dan amat memahami 100% kaedah ini.
Sempat juga BANNER ini saya siapkan, semuanya idea saya dan terima kasih kepada ex-student saya MOHD ADIB LASUAN yang sangat membantu. Harganya pun RM15 je untuk satu. Terima kasih banyak2...
En Azhar dan En Ismail dari JPN Selangor sedang menyoal dan memberikan saranan serta idea yang mampu menjadikan ia lebih baik lagi. Nampaknya lepas ini LAMSAM akan jadi Brand saya le...
Ini bilik kelas saya, yang telah saya kreatifkan dan inovasikan. Jari2 comel itu sangat menarik minat panel penilai. Insya allah jika terpilih ke peringkat kebangsaan, saya akan tambah lagi koleksi JARI2 COMEL itu.
Akhirnya, terima kasih kepada semua yang telah membantu, menyokong, memberikan idea, mengkritik sehingga saya berani untuk menonjolkan diri. Anugerah Guru Inovatif negeri Selangor telah mengubah idea dan pemikiran saya untuk terus melonjakkan paradigma tanpa bergantung harap pada sesiapa. Terima kasih semua.... I Love U semua.
sekolah, MPSAH, cikgu zailani,
Anugerah Guru Inovatif Negeri Selangor 2013,
Anugerah Guru Inovatif sabak Bernam 2013,
Cikgu Zailani,
Guru inovatif,
JARUM,
Kaedah LAMSAM,
Kaedah Pengajaran,
Kreatif dan inovatif,
LAMSAM,
TAMBANG
31 Oktober 2013
Konvensyen KIK Negeri Selangor
Pada 28 Oktober hingga 1 November yang lalu saya berkesempatan mengetuai KIK mewakili Sabak Bernam untuk Konvensyen Inovatif dan Kreatif Negeri Selangor 2013
SB4U terdiri daripada 8 orang yang mengetengahkan Projek penyelesaian Sistem Buku Lebih dan Buku Kurang SPBT yang dikenali dengan e-AGIHBUKU
Inovasi kami walaupun tidak menjadi johan keseluruhan, tetapi berjaya memenangi katogeri Dokumentasi terbaik didalam KIK kali ini.
Ternyata pengalaman mengetuai Kumpulan SB4U untuk Konvensyen Inovatif dan Kreatif 2013 ini amat memberikan pengalaman yang mahal dan tidak mampu dijual beli. Terima kasih kepada semua yang membantu SB4U kali ini. I Love U all
sekolah, MPSAH, cikgu zailani,
Anugerah Guru Inovatif Negeri Selangor 2013,
Anugerah Guru Inovatif sabak Bernam 2013,
Guru inovatif,
KIK Selangor 2013,
PPD Sabak Bernam,
SB4U
29 Mac 2013
..: Garpu :..
Assalamualaikum...
Kepada sahabat2 yang sudi melihat2 blog ini saya terlebih dahulu ucapkan ribuan terima kasih. Kali ini saya nak KONGSI tentang satu Kaedah baru yang saya telah reka. Inovasikan untuk proses Pengajaran dan pembelajaran. PdP le... Kaedah ini saya namakan GARPU ia itu akronim daripada GAris Penukaran Unit.
Istimewanya penambahan AYAT AKROSTIK iaitu cara mengingat susunan unit penukaran. Eya lah... kan murid-murid kita ni sukar nak ingat. Bila mana nak tau KM ke M, KG ke G atau Liter ke ML dan sebagainya. GARPU ni pun ada 3 jenis. He....3x, Yang dibawah ni adalah GARPU 5 garis.
Tentu anda nak tahu lebih lanjut kan. Saya akan terangkan lagi di POST akan datang. Sabar ye...
sekolah, MPSAH, cikgu zailani,
Cikgu Zailani,
Guru Cemerlang,
Guru inovatif,
Muhammad Zailani Somingan,
Rancangan Tahunan Mathemathic year 6
Langgan:
Catatan (Atom)








