Mendapat pendidikan awal di SK Tebuk Jawa kemudian melanjutkan pendidikan di SAMT Sultan Salahuddin Abd Aziz Batu 38 Sabak Bernam. Mendapat latihan Perguruan di MPSAH, Sg Petani Kedah dan lanjutan di IPG Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, PP didalam ICT. Kini bertugas di SK Parit Baharu, Sg Air Tawar, Sabak Bernam. Selangor. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam Pentadbiran Pendidikan di OUM
Berpengalaman sebagai penceramah perisian SISTEKs SPBT & e-Mateks BBT untuk daerah Sabak Bernam dan sebagai Jurulatih Utama Sumber SPBT Selangor sejak 2006 hingga kini. Sering menjadi penceramah Motivasi, Kepimpinan, Pembangunan belia dan ekonomi belia sekitar Sabak Bernam
Memenangi Anugerah Belia Perdana 2008 peringkat Negeri Selangor bagi katogeri Persatuan Belia dan Naib Johan 2007
Di dalam kerjaya beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2009. Menerima anugerah Guru Inovatif Daerah Sabak Bernam 2013 dan Anugerah Guru Inovatif Negeri Selangor 2013 dengan Kaedah LAMSAM
2015 telah dianugerahkan sekali lagiAnugerah Guru Inovatif Negeri Selangor dan Sabak Bernam dengan inovasinya RUNO-BUNO. Ia satu kaedah pembelajaran Matematik yang sangat memudahkan murid.
Semoga anda semua sihat dan ceria disamping tugasan harian. Kali ini saya nak kongsi cerita pengalaman mengendalikan Kursus Kepimpinan Belia pada 18 hingga 20 Januari yang lepas. Program ini diadakan di Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor
Resort itu memang sesuai untuk kursus yang melibatkan peserta lebih 50 orang, Peserta semua puas hati, makan dan minum pun terjaga dan sempurna. Memang sesuai untuk program budget le....
Sasarannya ialah pemimpin belia 4B di daerah Sabak Bernam, lebih mudah dikendalikan kerana mereka telah mempunyai asas2 sebagai pemimpin. Kerjasama daripada semua urusetia sangat baik.
Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam dan lebih menitik beratkan tentang training untuk pergisian laporan pendaftaran ROY, pengurusan persatuan, kewangan, membina kertas kerja dan komunikasi dalam persatuan.
Hari ini 2 Januari 2013 adalah hari pertama sessi persekolahan 2013. Ini bermakna hari pertama jugalah saya berkerja kembali selepas bercuti panjang. Tentunya BERSEMANGAT dan berkobar-kobar.
Emmm... Persiapan untuk menyambut sessi pertama BERKERJA 2013 ni dah siap awal-awal. Eya lah... untuk menambahkan MOTIVASI dan seronok berkerja mestilah ada BAJU BARU, Kasut baru, Seluar baru dan ... Pendek kata semuanya nak yang baru jugak le....
RINDU rasanya sessi perhimpunan pagi mcm ni. Hari pertama memang nampak semuanya ceria. Kepada semua anak murid saya semoga tahun 2013 ini akan lebih bermotivasi untuk menuntut ilmu dan cemerlang didalam pelajaran. Ingat "Hanya dengan PENDIDIKAN sahaja kita mampu memperbaiki kehidupan kita"
OK kepada rakan-rakan guru, selamat menjalankan tugas untuk sessi 2013 dengan lebih berdedikasi dan bermotivasi. TQ...
kali ini nak cerita tentang pengalaman pergi LEGOLAND
TIKET? memang le kena beli pasal masuk peraduan Why Maybank Should Give Me Tickets to Legoland tak menang. Harganya tak mahal cuma RM140 je... Kalau dapat BAUCER free lagi le murah. Tapi pasal exsited nak pegi, dah sampai kena lah masuk
Ini le orang yang paling pandai tu. ALBERT ENSTINE... daripada kiub2 LEGO tau. Memang kreatif ke susunannya.
Assalamualaikum.... Rakan-rakan pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Kali ini saya nak kongsi cerita tentang pengajaran kali ini...
Alamak... Bukan kelas masak memasak le. Ini kelas matematik cikgu Zailani. Topik pengajaran Bentuk untuk Tahun 3. Mengenalpasti dan memahami SISI, BUCU dan PERMUKAAN RATA.
LIDI ini kita jadikan ia sebagai sisi. Manakala LOBAK itu kita jadikan ia sebagai BUCU. Murid akan lebih mudah untuk memahami. Percaya lah.... Minta murid kenal pasti bilangannya untuk memudahkan membina. Siapa kata murid tahun 3 tak boleh buat?
Ini lah kelas tahun 3 Bestari di sekolah saya. Bila diberi peluang memang murid-murid ini sangat KREATIF dan seronok dengan pengajaran yang melibatkan praktikal. Bimbingan dan perangsang kepada murid amat perlu.
Assalamualaikum... Kepada semua sahabatku dan yang sentiasa melihat-lihat blog ini. Semoga kalian sihat sejahtera dan sentiasa ceria. Oh ye... kali ini saya nak paparkan beberapa sahabat blogger yang pernah saya temui secara LIVE. Selepas saling berkenalan dialam maya maka berkesempatan bertukar2 cerita secara nyata. Ini antara sebahagian sahaja... Memang saya sangat teruja dengan mereka ni. Sporting dan Best sangat.... Abang yang ni blogger dari Kelantan. Memang real Kelate tau.. Dia ni cikgu kat SK Seri Melor, Kota Baharu, Kelantan.... namanya Nik Azhar NikMustafa. saya berkesempatan merakamkan foto ni pada Aidil Fitri yang lalu... Bila2 turun kelantan dia pelawa singgah rumahnya. OK...
Yang ini Cikgu Firli Ramli mengajar di SMK St George, Taiping, Perak. Dia ni best orangnya. Gambar ini dirakamlan di Kamalouge Resort masa saya turun taiping... Dia ni banyak memberikan semangat semasa saya didalam masalah. Blogger yang hebat..
Yang ini pun blogger jugak.... Walaupun sibuk tetap layan Facebook. YB Pencen Dato Dr Mat Yasir Ikhsan bekas Ahli parlimen Sabak Bernam. Semoga beliau terus rajin berkhidmat kepada rakyat....
Sebenarnya banyak lagi blogger yang saya amat teruja nak jumpa dan merakamkan gambar bersama mereka.... Sebab banyak membantu saya antaranya ialah
eya lah ... nak tukar2 cerita setelah lama kita bertukar2 link di alam maya ini. Semoga bila2 masa nanti kita boleh berjumpa dan semenagnya sangat teruja untuk bertemu mereka... OK le jumpa lagi....
Hai... Apa khabar.
Tentu korang semua terdengar lagu latar kat blog saya ni kan. Lagu ni tajuknya Memburu Impian nyanyian Kazar. Ala Bomoh Degawan dalam cerita susuk tu....
Sebenarnya lagu itu yang saya selalu mainkan untuk ceramah motivasi saya. Ia ringkas, ada mesej dan penuh semangat. Memang le saya bukan motivator yang berconsultant yang dibayar ribuan ringgit sejam. Tetapi motif, matlamat, tujuannya sama. Oh ye... Sempena itu saya nak kongsikan lirik lagu ini dengan semua pembaca. Boleh le korang baca... Hayati.... dan renungi. Nanyi sekali pun tak apa. Boleh....
MENUJU IMPIAN… Kazar
Ku jejak jalan yang berliku
Membara jiwaku memburu impian
Ku redah lautan gelora
Biarpun tersadai dihujung dunia
Akan ku tempuhi
Segala rintangan
Biarpun rebah
Kubalut sendiri
Akan ku genggam biar pun hitam
Menjadi milik ku…
Ku mula dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi
Kalau cikgu2, rakan2 dan sesiapa nak ambik lagu ini dan nak mainkan sebagai lagu motivasi atau apa2 pun.... sila le.
Sebab ilmu yang bermanfaat elok dipanjang2 kan
Untuk dunia dan akhirat.
Bye...........
Terima kasih kerana masih sudi mengikuti blog cikgu Zailani. Saya nak kongsi satu peristiwa yang lazimnya terjadi kepada murid-murid saya. Eya la... macam ini le situasi yang sentiasa dihadapi. Oh ye... Pada Khamis 19.11.2009 yang lalu keputusan UPSR 2009 telah diumumkan. Ramai yang menjerit keriangan dan keseronokan. Tapi tak kurang juga yang menitiskan air mata. Kesal... Rasa bersalah kepada keluarga... Rasa sedih sebab gagal dan lain2 lagi.
Gambar kat atas tu menceritakan segala-galanya. Kelihatan ramai juga anak2 murid saya yang menangis dan mengesat air mata. Sebab result tak cemerlang.. Kerana aim 5A tak tercapai.. Lalu tertumpah le air mata. Kesian mereka. Saya pun tumpang sedih. Tapi sebenarnya saya dah bayak kali ingatkan kepada mereka2 ni. Dal selalu menasihati.. Sangat selalu mengharapkan agar mereka lebih rajin, lebih usaha dan lebih kuat mengulangkaji pelajaran. Tapi mereka buat tak tau je... Buat tak dengar... dan akhirnya pilihan mereka ini le... Kesedihan bukan kegembiraan mencapai 5A. Cikgu dah bagi tau ye.....
Tapi buat mereka ni semua. Ini ada pesanan saya... Ini hanya kegagalan kecil, masih terlalu awal. Korang semua jadikan ini iktibar, jadikan panduan dan jadikan ia ubat untuk masa hadapan. UPSR ni baru permulaan. Ramai yang tak dapat 5A dalam UPSR pun boleh jadi orang berjaya dimasa hadapan. Yang penting rajin berusaha. Tingkatkan iltizam untuk berjaya. Ada lagi PMR, SPM dan STPM.. Cubala lebih gigih dan tanpa jemu. Jadikan leah kegagalan ini tangga untuk terus mendaki. Ingat ye... hanya pendidikan sahaja yang akan menggubah hidup keluarga kita tau. Belajar lah rajin-rajin. Buat anak2 murid saya, sudah lah jangan bersedih sangat.
Syukur Alhamdulillah.... Itu lah antara kalimah yang mampu diucapkan. Ia setelah keluarnya keputusan UPSR pada khamis 19.11.2009 yang lalu. Bermacam-macam perasaan ada. Ini kerana saya antara tenaga pengajar untuk kelas peperiksaan UPSR 2009. Walaupun subjek Matematik mengalami penurunan tetapi setelah sehabis daya usaha saya untuk membantu mereka itulah hakikatnya. Ia mesti diterima. Tahniah banyak-banyak kepada: 1. Maryam Husna Bt Amir 2. Nadia Husna Bt Abd Rashid 3. Fazira Sari Bt Hasbolah Diatas kecemerlangannya mendapat 5A.Ia memang membanggakan buat seorang murid dan ia kemuncak kejayaan disekolah kebangsaan. Bagi saya sebagai cikgu, itu semua ibarat satu cerita gembira dengan senyuman dan keseronokan yang sementara. Inilah hakikatnya "Ibarat LILIN, membakar diri menerangi orang lain". He.. he... apa pun saya terus seronok dan enjoy sebagai cikgu.
Hai...Salam Kemerdekaan ke 52, Salam satu Malaysia dan salam Ramadhan untuk kali ini. Tentu kalian sihat sejahtera disamping keluarga dan tugas harian.
Bersyukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya Malaysia, negara ku tercinta ini terus aman, sentosa dan makmur. Kini dah genap 52 tahun merdeka pada 31 ogos 2009. Saya amat bangga menjadi rakyat Malaysia. Oh ye... pada 30 Ogos semalam saya telah berkesempatan bersantai-santai ke KLCC. Mercu tanda kebanggaan Malaysia. Wow... hebat kan Malaysia ni. Walaupun saya memang tak ada plan nak pergi sambutan 31 Ogos ni tapi nak juga melihat2 keistimewaan dan kehebatan Malaysia. Tengok sendiri le betapa bangganya saya berdiri dihadapan KLCC tu... Ini lah Malaysia yang kucintai dan akan kupertahankan keamanannya dan kemerdekaannya.
Ramai orang kata mari kita kenang perjuangan nenek moyang kita yang telah bersusah payah bermandikan darah mempertahankan tanah air ini daripada penjajah, dan ada juga yang meminta kita mengibarkan jalur gemilang tanda kita patriotik. Itu semua masing-masing punya pandangan. Bagi aku... kita orang muda ni tak pernah nak rasa kepayahan tu. Cerita le tentang Jepun menjajah Malaya atau perjuangan UMNO dengan mengusir penjajah Inggeris, itu semua macam cerita lagenda yang penuh tokok tambah nak bagi sedap cerita. Tiap orang yang bercerita ada versinya sendiri. dan macam-macam le..... Orang2 muda ni tak rasa itu semua. Lahir je dah senang macam ni. Susah nak cerita le...
Jangan le kita kata mereka ni tak patriotik atau tak ada semangat keMalaysiaan. Tebal jiwa kemerdekaan dijiwa mereka ini dan semangat patriotiknya amat hebat sebenarnya, cuma belum diuji je.. Orang dulu-dulu tu dah diuji memang le diaorang boleh bangga-banggakan. Betul tak?
Sebenarnya kita orang2 muda ni pun punyai jiwa patriotik dan bangga menjadi anak malaysia serta akan mempertahankan tanah air yang tercinta ini jika ada perkara buruk terjadi. Kita akan berada dibarisan hadapan mempertahankan Malaysia... Ini pasti tau.
Alamak... berceloteh pulak saya tentang kemerdekaan dan patriotik pulak kali ini. Tak apa kan. Ini blog saya. Blog Cikgu Zailani, apa nak tulis dan nak cerita lantak le... Kalau nak comment sila lah... Yang Penting saya akan terus kata kepada semua anak-anak murid saya "BANGGALAHKITA JADI ANAK MALAYSIA" dan "SAYANGI MALAYSIA". ok jumpa lagi lain kali bye....