Memaparkan catatan dengan label Pelajaran Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelajaran Masakan. Papar semua catatan

02 Oktober 2012

Mencari SISI dan BUCU

Assalamualaikum.... Rakan-rakan pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Kali ini saya nak kongsi cerita tentang pengajaran kali ini...
Alamak... Bukan kelas masak memasak le. Ini kelas matematik cikgu Zailani. Topik pengajaran Bentuk untuk Tahun 3. Mengenalpasti dan memahami SISI, BUCU dan PERMUKAAN RATA. 
LIDI ini kita jadikan ia sebagai sisi. Manakala LOBAK itu kita jadikan ia sebagai BUCU. Murid akan lebih mudah untuk memahami. Percaya lah.... Minta murid kenal pasti bilangannya untuk memudahkan membina. Siapa kata murid tahun 3 tak boleh buat? 
Ini lah kelas tahun 3 Bestari di sekolah saya. Bila diberi peluang memang murid-murid ini sangat KREATIF dan seronok dengan pengajaran yang melibatkan praktikal. Bimbingan dan perangsang kepada murid amat perlu. 

20 Februari 2010

Makan di Cafe Santan & Keju Sg Besar

Assalamualaikum... Buat semua mulimin & muslimat sekalian. Kali ini nak kongsi cerita tentang makan dan makan-makan. Eya lah... semalam saya baru lepas makan2 kat Cafe Santan dan Keju di Sungai Besar.

Tempat makan best, Decoration cantik, service ok, tapi yg tak ok harganya le... Maklum ke tempat tu macam exclusive je.. Sebenarnya saya ni bukan orang yg macam tu. Biasa je... Makan kat warung tepi jalan. Tapi bila ada kawan ajak kita pun pegi le. Kira special jugak le... Saya makan Mee Kari dan white co0ffe. Westen Food pun ada tapi bukan taste saya le. Memang sedap le.. Kalau sapa2 nak cuba makan kat situ boleh sangat dan gerenti halal. Dan kalau ada sesiapa lagi nak belanja saya makan kat situ lagi memang saya 100% tak menolak. Tentang makanan ni tak cerewet. janji halal... Ngap saje...

12 September 2009

Bermacam-macam Thumb Drive...

Pagi ini saya nak berkongsi dengan korang semua tentang thumb drive yang unik.. He.. he.. ada yang panggil pen Drive dan juga apa-apa pangilan le. Tapi semuanya mempunyai fungsi yang sama. Untuk menyimpan data dari komputer anda. Dulu kita guna disket kan? Ingat tak ni...
Ini adalah thumb drive yang dinampak unik. Boleh letak kat belakang bag sandang dan bentuknya pun macam penyangkuk aje...
Yang ini boleh tahan juga... Terus sambung kat tali leher. Senang betul le... Memang nak cari kalau ada kat Malaysia ni.


Thumb drive bentuk ni tak sesuai digunakan pada bulan puasa ni... Tergugat iman. tapi ia memang sempoi. Bentuk burger lagi. Kalau nak dapatkan mungkin boleh pergi ke McD atau KFC kot.


Ini gabus tutup botol. sempoi betul le. Kecil je.. tapi kalau dah kecik2 ni mudah hilang pulak. Atau lupa letak. Ala memang korang pun macam tu.... Selalu lupa letak thumb drive kan. Betul tak? Jangan bohong le.........

Yang ini Doktor punya... jangan kacau. Nanti bila cikgu Zailani ni dah ada title Dr kat depannya, boleh le pakai yang ini... he.. he.. Dr Muhammad Zailani Somingan. ( cita-cita ada, tapi entah bila.. )

Paling sesuai le untuk saya rasanya... Senang, unik dan serbaguna... Boleh kepit kat telinga, kat hidung, kat poket baju, atau kat sapa2 yang asyik selalu nak pinjam thumb drive tu... Beli le sendiri.... Ok le ini le cerita saya dipagi puasa ke 21 ini. Selamat Berpuasa dan berbahagia korang semua. I Love U all.....

23 Ogos 2009

SaPa Kata Lelaki tAk panDai Masak

Hai... Salam Ramadhan Al Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua pembaca, rakan-rakan dan teman-teman. He... he.. tentu korang tengah memikir2 juadah nak berbuka puasa petang ni kan. Oh ye... Cikgu Zailani nak berkongsi resepi dan satu juadah untuk berbuka. Bagi saya senang je.. sebab lelaki mcm saya pun boleh buat. Eh... Tak percaya? Tengok gambar kat bawah ni le.
RESEPI KERABU MANGGA

oOO... Sebelum tu, Ramuan-ramuannya
Buah Mangga /Pelam beberapa biji, Orang Kelantan kata Pauh
Bawang Merah, Cili api le... dan cili merah hijau lah...
Serai ( Semua tu dipotong halus2 ye... )
Kacang Goreng ( beli je yg peket Cap Tangan ) tumbuk
Udang Kering ( ditumbuk halus tau... )

Kemudian satukan bahan-bahan tu semua kedalam sebuah bekas macam kat gambar bawah ni ye.... Masakan orang lelaki, main campak-campak je. Tapi sedap tau. Tengok le kat Hotel-Hotel tu Chefnya kan lelaki... Pasal tu nak kata ni le

Jangan lupa bubuhkan garam dan gula secukup rasa. Asam tak payah sebab buah mempelam tu kan dah masam... Kemudian gaulkan semua bahan tu rata-rataAkhir sekali dah gaul rata-rata tunggu le masa berbuka untuk dirasa. Jangan belum buka dah rasa. Batal Puasa. OK le untuk post kali ini. Selamat mencuba.... Bye.

...:Koleksi Lagu Pilihan:...