Memaparkan catatan dengan label Guru Cemerlang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Guru Cemerlang. Papar semua catatan

17 September 2018

Perkongsian Ilmu Bersama Guru-Guru Sains Sabak Bernam

Perkongsian amalan pembelajaran terbaik bersama guru-guru sains daerah Sabak Bernam sangat bermakna dan istimewa kerana ia didaerah saya. Pastinya yang terbaik yang perlu dipersembahkan kepada mereka.

  Dalam perkongsian ini saya berkesempatan memperkenalkan inovasi KIE-FAS yang telah memenangi pingat emas didalam pertandingan intervensi amalan bilik darjah di IPG Perempuan Melayu Melaka.
 Lebih bermakna dalam perkongsian ini terdapat peserta yang juga rakan seperguruan di Maktab Perguruan Sultan Abd Halim tahun 1994-1997 kelas Sains dan Matematik. Best sangat-sangat.
Sama dikongsi ialah kaedah dan teknik pembelajaran abad ke 21 ( PAK21) yang menjadi satu keperluan didalam PDPC kini. Terima kasih kepada semua rakan2 guru Sains di Sabak Bernam.

29 Mac 2013

..: Garpu :..

Assalamualaikum...
Kepada sahabat2 yang sudi melihat2 blog ini saya terlebih dahulu ucapkan ribuan terima kasih. Kali ini saya nak KONGSI tentang satu Kaedah baru yang saya telah reka. Inovasikan untuk proses Pengajaran dan pembelajaran. PdP le...  Kaedah ini saya namakan GARPU ia itu akronim daripada GAris Penukaran Unit.
Istimewanya penambahan AYAT AKROSTIK iaitu cara mengingat susunan unit penukaran. Eya lah... kan murid-murid kita ni sukar nak ingat. Bila mana nak tau KM ke M, KG ke G atau Liter ke ML dan sebagainya. GARPU ni pun ada 3 jenis. He....3x, Yang dibawah ni adalah GARPU 5 garis. 

Tentu anda nak tahu lebih lanjut kan. Saya akan terangkan lagi di POST akan datang. Sabar ye...

15 Mac 2013

Majlis Persaraan Tn Hj Shafii Bin Bakri

Majlis Semekar Budi Seindah Memori
hari ini kita kehilangan seorang lagi CIKGU yang sangat komited dan hebat disekolah ini. Beliau ialah HJ SHAFII BIN BAKRI yang telah berkhidmat selama 10 tahun di sekolah ini
 Ini lah antara gambar-gambar majlis tersebut
kali ini tugas saya macam sebelum ni jugak kalau ada persaraan cikgu2.... Kira mcm tetap dan berpencen. Buat Multimedia. Untuk Tn Hj Shafii saya reka 2 Video khas untuk beliau. Jom kita saksikan


dan ini...
Ok selamat bersara kepada Cikgu Shafii Bakri dan saya akan tetap disini untuk meneruskan kerjaya cikgu. Bye....

...:Koleksi Lagu Pilihan:...