Memaparkan catatan dengan label Cikgu Zailani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cikgu Zailani. Papar semua catatan

24 September 2018

IDBOS di IPG Darul Aman, Kedah

Assalamualaikum....
Perkongsian kali ini ialah pengalaman saya menyertai pertandingan inovasi di IDBOS 2018 di IPG Darul Aman. Menarik dan banyak ilmu yang boleh dikongsikan bersama-sama rakan-rakan guru disana.
 Saya membawakan inovasi KIE-FAS iaitu satu permainan sains yang membantu untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu Sains 
 KIE-FAS telah memenagi augerah pingat Perak. Ia satu pengiktirafan yang baik dan insya allah saya akan naik tarafkan KIE-FAS ke versi yang lebih maju lagi pada masa akan datang.
Terima kasih diatas kesudian rakan-rakan membaca dan mengikuti cerita saya. Terima kasih....

17 September 2018

Perkongsian Ilmu Bersama Guru-Guru Sains Sabak Bernam

Perkongsian amalan pembelajaran terbaik bersama guru-guru sains daerah Sabak Bernam sangat bermakna dan istimewa kerana ia didaerah saya. Pastinya yang terbaik yang perlu dipersembahkan kepada mereka.

  Dalam perkongsian ini saya berkesempatan memperkenalkan inovasi KIE-FAS yang telah memenangi pingat emas didalam pertandingan intervensi amalan bilik darjah di IPG Perempuan Melayu Melaka.
 Lebih bermakna dalam perkongsian ini terdapat peserta yang juga rakan seperguruan di Maktab Perguruan Sultan Abd Halim tahun 1994-1997 kelas Sains dan Matematik. Best sangat-sangat.
Sama dikongsi ialah kaedah dan teknik pembelajaran abad ke 21 ( PAK21) yang menjadi satu keperluan didalam PDPC kini. Terima kasih kepada semua rakan2 guru Sains di Sabak Bernam.

19 Ogos 2017

Malaysia Sehati Sejiwa

Selamat ulangtahun kemerdekaan yang ke 60 buat negaraku yang tercinta. Bertuah dan beruntung kerana sebagai seorang pendidik setiap tahun saya tidak pernah lupa menyerlahkan kecintaan kepada Malaysiaku tercinta.
 2017 merupakan ulangtahun ke 60 kemerdekaan Malaysia dan telah 20 tahun juga saya bergelar sebagai pendidik. Banyak nasihat, kata-kata pedoman, perangsang dan harapan telah saya berikan kepada generasi muda ini. Mereka bakal pewaris negara. Namun ada beberapa pesanan yang bukan pesanan biasa seperti yang orang diluar sana pesankan.

Wahai anak-anak muridku bakal pewaris negara. Ingat pesanan cikgu ini sempena kemerdekaan ini.
1. Jadilah anak muda yang hebat dan berbakti  kepada kedua ibu bapamu.
2. Jadilah pemimpin yang jujur walaupun kau tak popular.
3. Jadilah manusia yang sentiasa taat kepada Allah dan Rasul serta ikutlah panduan Al Quran.
Jika dikau ikut pesanan cikgu ini, pasti kau akan jadi negarawan dan warga negara yang berguna kepada masyarakat dan negara.


26 Oktober 2016

Jika Dibimbing Dengan Terbaik Pasti Boleh

Assalamualaikum, kepada semua yang masih sudi menatap blog ini. Kali ini saya nak kongsi pengalaman membimbing, dan membantu murid saya untuk membuat pameran Sains sempena pasca UPSR. Hasil bimbingan akhirnya 5 kumpulan telah bersaing untuk mempersembahkan pameran dan eksperimen mereka dan 2 pameran khas
Pameran ini telah diadakan pada 4 Oktober 2016 dan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Parit Baharu Tn Hj Mohd Salleh b. Mat Kassim
Booth 1 dengan pameran kaedah Sambal untuk menguji Asid atau Alkali
Booth 5 mempersembahkan konsep tekanan Udara diketuai oleh Adik Haris Hakimi Ahmad
Booth 4 memilih topik gunung berapi 
Murid SK Parit Baharu memang kreatif dan sangat berpotensi seandainya mendapat bimbingan dan bantuan yang terbaik 
Antara carta dan bahan-bahan yang dipamerkan
Pameran uji deria bau yang sangat menarik dikendalikan oleh adik Zainol Qayyum
Booth 3 menampilkan eksperimen yang sangat menarik dengan minyak, air dan gula menghasilkan corak yang berwarna warni

Ternyata saya sangat kagum dengan murid-murid saya di SK Parit Baharu dengan kreativiti dan kesungguhannya. Semoga sesuatu yang bernilai telah diperolehi disini untuk digunakan di sekolah menengah kelak. Selamat berjaya semua.

21 September 2016

Cikgu Sains 100% dah ye....

Assalamualaikum....
Kepada semua follower saya, mungkin tertunggu-tunggu posting terbaru saya. Kali ini saya nak kongsi sessi pengajaran saya bagi tahun 2016 ni. Saya dah tak mengajar Matematik lagi.... Tak tau le, GB dan GPK 1 yg ada jawapannya. Bagai saya kenalah akur walaupun rasa tak seronok.

Ok le.... mari bagi comment tentang PdP saya ni ye. Supaya boleh kita saling memperbaiki demi untuk yang terbaik buat semua murid-murid saya. Terima kasih semua

27 Julai 2016

Berkongsi Ilmu Sains di Coral Bay Resort

Alhamdulillah.... Kali ini dapat saya berkongsi ilmu dengan calon-calon UPSR dari Sekolah Kebangsaan Tebuk Jawa tentang teknik dan cara menjawab Sains UPSR
Perkongsian ini walaupun tidak lama tetapi amat bermakna kepada saya dan murid-murid ini. Ia banyak memberikan gambaran soalan sebenar dan klon UPSR terbaru.
Semoga murid-murid ini berjaya mendapat A dalam subjek Sains di dalam UPSR nanti saya doakan.

25 Mei 2016

Coach Zailani Telah Buktikan

Bukan cikgu biasa. Hari ini saya telah buktikan bahawa Cikgu Zailani bukan hanya didalam kelas dengan PdPnya sahaja. Bukan juga hanya dengan inovasinya sahaja. Dipadang bola dan dengan pengurusan sukan pun boleh digalas dengan jayanya. He3x... Nak puji diri sendiri le pulak.
 Tahun 2016 adalah tahun yang istimewa kepada pasukan "The Warrior Kids" iaitu team bola sepak saya, yang telah mempamerkan keupayaan sebenar menjadi Naib Johan Kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam. Setelah banyak dikorbankan dari segi material, mental dan fizikal akhirnya kejayaan cemerlang ini telah dicapai. Alhamdulillah....
 Inilah pengiktirafan yang sangat berbaloi dan manis kepada saya. Walaupun dari pandangan sesetengah pihak bukan boleh bagi APC pun? Tetapi bagi saya ia satu kepuasan.
 Saya telah melengkapkan pekej sebagai seorang GURU YANG SERBA BOLEH. Pekej la sangat... Pasti hanya anak murid saya yang tahu dan berupaya menghargainya. Terpulang lah kepada mereka didalam menilai dan memberikan pemarkahan PBPPP. Yang paling penting saya telah buktikan boleh buat dan berjaya. Ko yang cemerlang dengan APC tu boleh buat ke? Boleh ke?
He3x.... Mungkin agak emosi. Tapi itu realiti. Eya lah.... Cikgu ini tak pernah dapat pun APC dalam 10 tahun kebelakangan ini walaupun pelbagai pengiktirafan dan kejayaan diperolehi dari pihak luar. Terpilih sangat ke?

19 Mei 2016

Cikgu Zailani mungkin jadi Dr Zailani?

Bila saya dah lama di dalam profesyen ini maka cinta dan jiwa raga telah menyubur. Asal dari putik, telah jadi daun dan bunga. Kini telah jadi buah yang subur. Itulah kerjaya saya. Cikgu Muhammad Zailani Somingan tak mungkin jadi doktor. Biarlah ia jadi memori yang tak berjaya direalisasikan.
 Sempena sambutan hari guru yang lepas, imbauan memori lama terputik kembali. Ya... Dulu saya pernah bercita-cita ingin menjadi Doktor. Tetapi profesyen saya kini telah semakin dicintai dan tak mungkin ditinggalkan lagi. Ternyata khidmat saya adalah untuk dunia pendidikan.
Bersyukur kehadrat Illahi sepanjang lebih 19 tahun disini pelbagai kejayaan dan anugerah telah saya terima. Ia menjadikan dunia pendidikan ini telah semakin bersemi dan akan terus saya kuasai serta harumkan. Terima kasih kepada insan-insan yang telah banyak membantu saya. I Love U

16 Mei 2016

Terima Kasih ye Anak Muridku..

Sambutan Hari Guru tahun ini saya rasakan sangat istimewa dan penuh kelainan. Seperti sebelum ini juga saya masih menyambut hari guru di SK Parit Baharu. Nak masuk 19 tahun dah disini. Kira otai jugak la...
 Kelainannya ialah tema sambutan pada tahun ini "Kalau Saya Bukan Guru" menyebabkan pelbagai keunikan telah dipersembahkan. Murid-murid juga bertambah pengetahuan tentang kerjaya profesional yang boleh menjadi pilihannya.
 Saya memilih DOKTOR sebagai penampilan istimewanya. Kenapa Doktor? He3x.... biarlah rahsia
 Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti sukaneka, permainan, memotong kek, nyanyian dan jamuan.
Terima kasih kepada semua murid, guru dan kakitangan SK Parit Baharu diatas kerjasama yang telah diberikan sepanjang sambutan ini. Sayang semua

19 Mac 2016

Sifir 7,8 dan 9


Mari kita kongsi kan kaedah ini

06 Januari 2016

Azam Baru Yang Penuh Cabaran

Alhamdulillah, beranjak kita ketahun baru lagi. Tahun yang penuh cabaran & pengorbanan. Selamat tinggal tahun 2015 yang penuh kecemerlangan dan keistimewaan. 
2015 telah menzahirkan anugerah tertinggi dlm kerjaya perguruan buat kali ke2. Anugerah Guru Inovatif negeri Selangor 2015 & Daerah Sabak Bernam. 
Selepas LAMSAM, pada tahun ini saya menghasilkan RUNO-BUNO. Menerima 2 kali pengiktirafan sememangnya amat istimewa dan merasa amat dihargai. Terima kasih kepada insan-insan yang mengerti susah payah kerjaya guru.
2016 pastinya saya akan membina persepsi yang lebih tinggi dgn meneruskan keistimewaan seperti ini. Sekarang ni tengah FIKIR-FIKIR apa yg saya tonjolkan selepas ini.

Harap-harap ada le sahabat2 yg sudi berkongsi idea dgn saya.


21 Ogos 2015

Kongsi ilmu di SK Seri Utama

Assalamualaikum, 
Semua rakan-rakan dan sahabat sekalian. Walaupun banyak siri perkongsian ilmu saya telah jalankan tapi yg ini unik sedikit untuk kita kongsi 
Telah diadakan di SK Seri Utama, iaitu sekolah dipekan Sg Besar. Tentunya ia istimewa kerana muridnya lebih celik IT
Idea, pendekatan dan cara penyampaiannya juga mesti lain dan mengambil latar belakang murid yg bijak
Ternyata telahan saya benar, ia sangat memberikan semangat kepada saya utk terus menyumbang idea dan ilmu demi memajukan anak2 muda ini
Doa saya agar mereka semua cemerlang dalam pendidikan. Eya lah.... Hanya dengan pendidikan sahaja kita mampu mengubah hidup kita & keluarga. TQvm

10 Ogos 2015

Kenangan Bersama Tiadaku Lupa

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga dengan persahabatan dan pertemuan. Pada hari ini merupakan hari perpisahan dan persaraan Guru Besar SK Parit Baharu, Cikgu Baharuddin Ibrahim.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkat TERIMA KASIH kepada Cikgu Baharuddin Ibrahim di atas segala sokongan, dorongan, bimbingan dan tunjuk ajar semasa disini. Terima kasih juga kerana di masa perkhidmatan cikgu telah memberikan beberapa anugerah kepada seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009, Anugerah Guru Inovatif Selangor 2013 dan 2015.
Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan SELAMAT BERSARA kepada beliau semoga akan lebih ceria dan gembira disamping keluarga dan anak-anak. Juga sentiasa dirahmati Allah.

Sebagai dedikasi, mari kita saksikan majlis persaraan yang sangat meriah dan bermakna ini. Terima kasih semua yang turut membantu menjayakan nya.

27 Mei 2015

RUNO-BUNO telah mengangkat sebagai Guru Inovatif 2015

Assalamualaikum kepada semua sahabat sekalian. Inovasi saya pada tahun ini telah melayakkan saya untuk menerima Anugerah Guru Inovatif Daerah Sabak Bernam bagi tahun 2015. Ini adalah pengiktirafan kali ke2 selepas kali pertama pada tahun 2013
  RUNO-BUNO ialah akronim daripada perkataan RUmah NOmbor dan BUndar NOmbor. Ia merupakan satu bahan bantu belajar yang membantu mengvisualkan penyelesaian matematik yang abstrak 
 Diinovasikan hasil daripada 2 kajian tindakan yang telah dijalankan bagi mengatasi masalah murid di dalam mengenal nombor, nilai tempat, menukar angka ke perkataan, menukar perkataan ke angka dan membundarkan nombor. Kaedah RUNO-BUNO ini amat membantu kelompok murid yang sukar memahami konsep asas, ia adalah alternatif  daripada proses penyelesaian yang biasa.    
Selain daripada kaedah, RUNO-BUNO juga dihadirkan dalam bentuk pembaris bantu belajar untuk murid dan alat untuk bantu mengajar kepada guru. Keistimewaan inovasi ini, keseluruhan topik awal iaitu asas nombor dari tahun 1 hingga tahun 6 telah  berjaya diatasi.

22 Mei 2015

Terima Kasih Wahai Anak-Anak Muridku

16 Mei setiap tahun adalah hari yang sangat istimewa bagi semua guru-guru. Begitu juga dengan saya. Pada tahun ini sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 18 Mei 2015. 
Tahun ini tiada tema ditetapkan dan semua guru bebas dalam penampilannya. Oleh itu saya memilih busana yang kemas sahaja.  Ia dimulakan dengan majlis rasmi, nyanyian lagu keramat "guru malaysia" dan ucapan oleh Guru Besar, YDP PIBG dan wakil murid.

Istimewanya pada tahun ini saya telah diundi sebagai Guru Paling Popular di SK Parit Baharu. Nampaknya menang 2 tahun berturut-turut. Tapi tak de la popular sangat..... Selepas itu diteruskan dengan acara sukaneka yang telah diuruskan oleh AJK PIBG.

Terima kasih dan sejuta penghargaan saya ucapkan kepada semua yang telah memberikan HADIAH dan Cnderamata. Pen Merah dan Pen Biru adalah hadiah paling saya sukai.

04 April 2015

Setelah keringat, wang ringgit & masa ku korbankan

"The Warrior Kids"
Amat panjang liku-liku dan pengalaman bersamanya. Hanya insan2 yang rapat sahaja mengetahui jerit perihnya.
Untuk kali ini kegembiraan yg diharapkan tidak seperti tahun terdahulu. Namun ia membibitkan 1001 pengalaman suka duka seorang pendidik di sebuah sekolah kecil dipedalaman 
Segalanya telah kukorbankan. Semua tenaga, keringat, masa dan wang ringgit namun perancangan yg maha Esa lebih baik dari perancangan hambanya. The Warrior kids kurang menjadi dan tidak memutikkan kejayaan. 
Hanya Allah sahaja yg tahu dan bersyukur diatas pengajaran ini. Tiada istilah kecewa sebagai seorang pendidik. Saya mesti kuat, gigih, bersemangat & bersungguh-sungguh supaya ia menjadi ikutan anak muridku. 

02 Januari 2015

Persiapan Awal Tahun 2015

Assalamualaikum
Semoga para sahabat semua ceria, gembira dan bahagia diawal tahun 2015 ni. Saya OK jer. Bila sessi persekolahan akan mula dibuka, maka persiapan baru dan semangat baru pun terasa. Baju baru, Kasut dan seluar baru, pen pun baru. Eya lah.... mcm anak murid jugak le

Yang mesti baru ialah Persiapan Pengajaran dan pembelajaran. Rancangan Pengajaran Tahunan, Buku RPH baru dan semestinya nak dibuat dengan yg terbaik untuk tahun baru ini. Kepada rakan2 yang ingin mendapatkan Rancangan Pengajaran Tahunan boleh le download di sini. Klik gambar dibawah ni jer
 Klik sini
Semoga benda yang baik ini kita boleh kongsi bersama. Eya lah.... untuk kebaikan anak murid kita bersama. Betul kan?
 Klik sini
OK selamat membuat persiapan untuk sessi persekolahan baru ye cikgu2 semua. I love U all

28 Ogos 2014

Kenangan Indah di SK Parit Baharu


Lama dah tak update blog ni. Hari ini ada rasa nak kongsi gambar saya bersama anak-anak murid sempena sambutan Aidil Fitri yang lalu. Ini antara panorama yang biasa disekolah kami. Setiap tahun sempena sambutan hari raya mesti ada sessi bergambar beramai-ramai.

10 Mac 2014

Belajar Kaedah Garpu

Mari kita kongsi video terbaru bersama saya
Perkongsian ini percuma. Sekiranya berminat untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan
 Cikgu Zailani di 019-4266774

24 Februari 2014

Penilaian Guru Inovatif Wakil Selangor ke Kebangsaan 2014

Syukur Alhamdulillah...
Hari ini panel penilai telah sudi melihat inovasi saya bagi wakil Selangor ke peringkat Kebangsaan. Jika ada rezeki, akan saya usahakan lagi. Jika tidak pun saya dah cukup puas hati kerana ia adalah satu pengiktirafan yang tidak pernah terfikir untuk saya perolehi.
LAMSAM masih saya pertaruhkan untuk kali ini, ia adalah idea saya hasil daripada beberapa kajian tindakan dan permasalahan setempat anak murid saya. Kerana itu lah ia amat dekat dengan saya, dan amat memahami 100% kaedah ini.

 Sempat juga BANNER ini saya siapkan, semuanya idea saya dan terima kasih kepada ex-student saya MOHD ADIB LASUAN yang sangat membantu. Harganya pun RM15 je untuk satu. Terima kasih banyak2...
 En Azhar dan En Ismail dari JPN Selangor sedang menyoal dan memberikan saranan serta idea yang mampu menjadikan ia lebih baik lagi. Nampaknya lepas ini LAMSAM akan jadi Brand saya le...
 Ini bilik kelas saya, yang telah saya kreatifkan dan inovasikan. Jari2 comel itu sangat menarik minat panel penilai. Insya allah jika terpilih ke peringkat kebangsaan, saya akan tambah lagi koleksi JARI2 COMEL itu.
Akhirnya, terima kasih kepada semua yang telah membantu, menyokong, memberikan idea, mengkritik sehingga saya berani untuk menonjolkan diri. Anugerah Guru Inovatif negeri Selangor telah mengubah idea dan pemikiran saya untuk terus melonjakkan paradigma tanpa bergantung harap pada sesiapa. Terima kasih semua.... I Love U semua.

...:Koleksi Lagu Pilihan:...