Memaparkan catatan dengan label Shahrizam Mat Saidan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shahrizam Mat Saidan. Papar semua catatan

30 November 2009

Sahabatku Berpindah le....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca blog ini dan semua yang sudi singgah. Terima Kasih diatas sokongan anda. Ia membolehkan saya terus bertahan dan terus menulis diruangan yang paling saya sayangi. Blog ini tempat saya mencurahkan perasaan dan keluhan serta pandangan. Dan mungkin anda juga kan?


Oh ye… sebenarnya pada tulisan saya kali ini ingin saya menyatakan bahawa pada akhir tahun 2009 ini saya kehilangan sahabat di SK Parit Baharu. Sahabat saya itu ialah CIKGU SHAHRIZAM BIN MAT SAIDAN akan berpindah dari sekolah ini kesekolah baru di daerah Gombak. Banyak kenangan bersama beliau…. Sama-sama main bola sepak, main badminton dan main game FIFA. He.. he.. Ternyata saya akan kehilangan seorang lagi sahabat setia di tempat kerja ini. Tapi taka pa le.. beliau bakal berhampiran dengan isterinya di Ampang dan akan melapor diri di SK Gombak Setia awal tahun 2010. Buat beliau juga semoga seronok menerima hadiah daripada saya pada malam tersebut. Tanda persahabatan kita.



Dan semoga beliau akan gembira dan bahagia serta ceria ditempat baru… Ingatan bersamanya akan ku abadikan didalam memori indah. Terima Kasih diatas segalanya. OK jumpa lagi….


...:Koleksi Lagu Pilihan:...