Memaparkan catatan dengan label Belia 4B sabak Bernam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belia 4B sabak Bernam. Papar semua catatan

19 Ogos 2017

Malaysia Sehati Sejiwa

Selamat ulangtahun kemerdekaan yang ke 60 buat negaraku yang tercinta. Bertuah dan beruntung kerana sebagai seorang pendidik setiap tahun saya tidak pernah lupa menyerlahkan kecintaan kepada Malaysiaku tercinta.
 2017 merupakan ulangtahun ke 60 kemerdekaan Malaysia dan telah 20 tahun juga saya bergelar sebagai pendidik. Banyak nasihat, kata-kata pedoman, perangsang dan harapan telah saya berikan kepada generasi muda ini. Mereka bakal pewaris negara. Namun ada beberapa pesanan yang bukan pesanan biasa seperti yang orang diluar sana pesankan.

Wahai anak-anak muridku bakal pewaris negara. Ingat pesanan cikgu ini sempena kemerdekaan ini.
1. Jadilah anak muda yang hebat dan berbakti  kepada kedua ibu bapamu.
2. Jadilah pemimpin yang jujur walaupun kau tak popular.
3. Jadilah manusia yang sentiasa taat kepada Allah dan Rasul serta ikutlah panduan Al Quran.
Jika dikau ikut pesanan cikgu ini, pasti kau akan jadi negarawan dan warga negara yang berguna kepada masyarakat dan negara.


22 Januari 2013

Video sepanjang Program Transformasi Kepimpinan Belia di Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor


Ini Video yang kedua

Mari kita saksikan...
Terima kasih ye

Program Transformasi Kepimpinan Belia

Assalamualaikum... 
Semoga anda semua sihat dan ceria disamping tugasan harian. Kali ini saya nak kongsi cerita pengalaman mengendalikan Kursus Kepimpinan Belia pada 18 hingga 20 Januari yang lepas. Program ini diadakan di Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor
 Resort itu memang sesuai untuk kursus yang melibatkan peserta lebih 50 orang, Peserta semua puas hati,  makan dan minum pun terjaga dan sempurna. Memang sesuai untuk program budget le....
 Sasarannya ialah pemimpin belia 4B di daerah Sabak Bernam, lebih mudah dikendalikan kerana mereka telah mempunyai asas2 sebagai pemimpin. Kerjasama daripada semua urusetia sangat baik.
Program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam dan lebih menitik beratkan tentang training untuk pergisian laporan pendaftaran ROY, pengurusan persatuan, kewangan, membina kertas kerja  dan komunikasi dalam persatuan.
ini adalah antara gambar2 sepanjang kursus ini 

...:Koleksi Lagu Pilihan:...