Assalamualaikum, kepada semua yang masih sudi menatap blog ini. Kali ini saya nak kongsi pengalaman membimbing, dan membantu murid saya untuk membuat pameran Sains sempena pasca UPSR. Hasil bimbingan akhirnya 5 kumpulan telah bersaing untuk mempersembahkan pameran dan eksperimen mereka dan 2 pameran khas
Pameran ini telah diadakan pada 4 Oktober 2016 dan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Parit Baharu Tn Hj Mohd Salleh b. Mat Kassim
Booth 1 dengan pameran kaedah Sambal untuk menguji Asid atau Alkali
Booth 5 mempersembahkan konsep tekanan Udara diketuai oleh Adik Haris Hakimi Ahmad
Booth 4 memilih topik gunung berapi
Murid SK Parit Baharu memang kreatif dan sangat berpotensi seandainya mendapat bimbingan dan bantuan yang terbaik
Antara carta dan bahan-bahan yang dipamerkan
Pameran uji deria bau yang sangat menarik dikendalikan oleh adik Zainol Qayyum
Booth 3 menampilkan eksperimen yang sangat menarik dengan minyak, air dan gula menghasilkan corak yang berwarna warni
Ternyata saya sangat kagum dengan murid-murid saya di SK Parit Baharu dengan kreativiti dan kesungguhannya. Semoga sesuatu yang bernilai telah diperolehi disini untuk digunakan di sekolah menengah kelak. Selamat berjaya semua.
1 ulasan:
Semoga pelajar cikgu menjadi org y berguna di masa akan datang. Salam kenal cikgu, meh la lawat blog saya http://cararesepi.blogspot.com/. Kalau tak kisah masukkan blog saya dalam bloglist cikgu sekali.
Catat Ulasan