Alhamdulillah.... Hari ini 1 Februari 2019 dapat berkongsi kenangan indah terakhir bersama Cikgu yang sangat terkenal dengan penyayangnya di SK Parit Baharu kerana telah menamatkan perkhidmatan selama 33 tahun didalam dunia pendidikan.
Tahniah cikgu kerana terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang telah kita kongsikan sepanjang berada dan sesama bertugas di sekolah ini. Semoga selepas ini cikgu akan lebih ceria, seronok dan dapat beristirehat bersama keluarga tersayang. Terima kasih cikgu
07 Februari 2019
24 September 2018
IDBOS di IPG Darul Aman, Kedah
Assalamualaikum....
Perkongsian kali ini ialah pengalaman saya menyertai pertandingan inovasi di IDBOS 2018 di IPG Darul Aman. Menarik dan banyak ilmu yang boleh dikongsikan bersama-sama rakan-rakan guru disana.
Saya membawakan inovasi KIE-FAS iaitu satu permainan sains yang membantu untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu Sains
KIE-FAS telah memenagi augerah pingat Perak. Ia satu pengiktirafan yang baik dan insya allah saya akan naik tarafkan KIE-FAS ke versi yang lebih maju lagi pada masa akan datang.
Terima kasih diatas kesudian rakan-rakan membaca dan mengikuti cerita saya. Terima kasih....
sekolah, MPSAH, cikgu zailani,
Cikgu Zailani,
Ikon Guru Sabak Bernam,
Kie-FAS,
Muhammad Zailani Somingan,
Sekolah Kebangsaan Parit Baharu,
skparit baharu
17 September 2018
Perkongsian Ilmu Bersama Guru-Guru Sains Sabak Bernam
Perkongsian amalan pembelajaran terbaik bersama guru-guru sains daerah Sabak Bernam sangat bermakna dan istimewa kerana ia didaerah saya. Pastinya yang terbaik yang perlu dipersembahkan kepada mereka.
Dalam perkongsian ini saya berkesempatan memperkenalkan inovasi KIE-FAS yang telah memenangi pingat emas didalam pertandingan intervensi amalan bilik darjah di IPG Perempuan Melayu Melaka.
Lebih bermakna dalam perkongsian ini terdapat peserta yang juga rakan seperguruan di Maktab Perguruan Sultan Abd Halim tahun 1994-1997 kelas Sains dan Matematik. Best sangat-sangat.
Sama dikongsi ialah kaedah dan teknik pembelajaran abad ke 21 ( PAK21) yang menjadi satu keperluan didalam PDPC kini. Terima kasih kepada semua rakan2 guru Sains di Sabak Bernam.
sekolah, MPSAH, cikgu zailani,
Anugerah Guru Inovatif sabak Bernam,
Anugerah perkhidmatan cemerlang,
Cikgu Zailani,
Guru Cemerlang,
Guru Cemerlang Sains,
Kie-FAS,
KIEFAS
31 Ogos 2018
Membentuk Murid Yang Inovatif dan Kreatif
Membimbing murid untuk menjadi kreatif dan inovatif adalah peranan guru. Oleh itu pelbagai pendekatan perlu digunakan dan diaplikasikan. Baru-baru ini saya berkesempatan membentuk kumpulan murid untuk menyertai Pertandingan Designnovation 2018 anjuran Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor. Pertandingan itu memerlukan peserta merekacipta bahan daripada bahan terbuang.
Ternyata hasil asuhan dan bimbingan saya mereka berjaya menyiapkan dan dipersembahkan pada hari yang ditetapkan.
Rekaan kumpulan ini dinamakan REDAB iaitu akronim daripada Rekaan Daripada Botol Terbuang. Meskipun peserta yang bertanding terdiri daripada 6 sekolah Menengah dan 2 sekolah kebangsaan, tetapi berkat asuhan yang teliti murid saya berjaya memukau juri.
Ternyata pengalaman guru inovatif ini banyak ditumpahkan kepada anak muridnya dan akhirnya telah mengangkat kumpulan ini menjadi Johan dalam Pertandingan Designnovation 2018.
Harapan saya agar anak-anak murid ini akan terus mengaplikasikan segala ilmu yang telah dicurahkan agar menjadi murid yang kreatif dan inovatif sehingga ke peringkat tertinggi. Tahniah dan cikgu berbangga dengan anda semua.
15 Julai 2018
Riang Ria Aidil Fitri di SK Parit baharu
Aidil Fitri yang disambut setahun sekali ini juga tidak dilupakan untuk diraikan diperingkat sekolah saya. Pada Jumaat penghujung syawal sempat kami warga sekolah memeriahkan untuk tahun 2018
Pelbagai aksi menarik dan istimewa bersama rakan guru dan anak murid telah diabadikan untuk kenangan. Macam-macam gaya le....
Dikesempatan ini juga saya mohon jutaan keampunan, kemaafan diatas segala kekhilafan sepanjang bersahabat dialam maya ini. Selamat Hari raya maaf zahir dan batin
Apa pun yang penting kita happy....
04 Mei 2018
Selamat Hari Guru 2018
sekolah, MPSAH, cikgu zailani,
Guru Cemerlang,
Guru Cemerlang Sains,
Guru inovatif,
Guru Pemacu Transformasi Pendidikan,
Mohd Zailani Somingan,
Selamat Hari Guru 2018
Langgan:
Catatan (Atom)
...:Koleksi Lagu Pilihan:...
@cikguzailani Buku Yang Wajib dimiliki. PERMATA UMAT 30 kisah sahabat nabi. #teacherlife #tiktokgurumalaysia #foryourpage #sinarharian #tiktokmalaysia #telagabiru #bukuviral #beritaharian
♬ original sound - Cikgu Zailani 🇲🇾 - Cikgu Zailani 🇲🇾












