Selamat Bercuti kepada semua anak murid saya dan semua rakan saya. Semoga kalian semua akan menikmati percutian kali ini dengan ENJOY... Paling tak pun rehatkan minda dan tenangkan jiwa....
Saya pulak?....
Kali ini bermacam tempat saya jelajahi dan lawati. Dengan tujuan menambahkan pengalaman sambil melihat keindahan alam. Yang gambar di atas tu di KLCC. Tengok le latar belakangnya tu? Best apa.... Bukan senang nak SNAP gambar mcm tu
Ini adalah gambar2 saya di Pusat Sain Negara. Menerokai dunia sains maklum le saya ni guru sains maka memerlukan tempat2 mcm ni untuk mengembangkan idea dan meningkatkan cara dan kaedah pengajaran didalam kelas. Best tau....
Sempena lawatan saya ni ialah pameran dinasour. Sambil melihat2 dinasour ni saya pun terfikir di dalam minda KENAPA IA PUPUS YE?
Mengikut pendapat saya le.... Maklum le cikgu sains maka nak jugak berteori. DINASOUR PUPUS pada zaman nabi NUH. Eya lah... Kalau kita baca sejarah, baca alQuran dan fahami nya maka kita akan ketahui telah berlaku banjir yang besar yang maha dahsyat. Sebelum tu nabi NUH telah mendapat Wahyu untuk membina BAHTERA di atas bukit. Semua kaum nabi nuh yang tidak beriman pun ketawakannya. Selepas tu turun lagi perintah ALLAH supaya nabi nuh mencari semua haiwan secara berpasangan dan masukkan ke dalam bahtera itu. Burung sepasang, Lembu, kambing jantan dan betina dan semua haiwan le.... Oleh kerana dinasour ni besar dan jenis makan haiwan lain maka NABI NUH tak le masukkan DINASOUR sepasang kedalam bahteranya.
Bila berlaku banjir yang maha dahsyat seperti yang tergambar diDALAM al Quran maka semua pelusuk dunia dipenuhi air. Maka DINASOUR yang tak muat didalam BAHTERA tu pun mati. Sebab itu le DINASOUR PUPUS. He....3x Ini hanya jangkaan fikiran saya. Teori saya. Tak salahkan. Mungkin saya kena teruskan mengkaji tentang DINASOUR dan sebab-sebab DINASOUR PUPUS. OK bye.... Selamat Bercuti semua...
1 ulasan:
wah.. syioknya berjalan.. pusat sains tu dh lain sekarang :D
JOM join lucky draw Dear Haffiz
Catat Ulasan