Assalamualaikum....
Bersyukur kehadrat Allah kerana hasilnya penat lelah ini berbaloi, Sempena Sambutan Hari Guru Negeri Selangor 2013 di MAEPS Serdang ni merupakan saat paling istimewa sebagai seorang GuruHadiah paling bernilai sempena Hari Guru 2013 ini ialah pengiktirafan ANUGERAH GURU INOVATIF NEGERI SELANGOR 2013 yang paling besar maknanya didalam kerjaya saya sebagai seorang guru
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua insan2 yang tersayang yang berada disekeliling saya yang tak jemu2 memberikan kata2 semangat dan perangsang untuk kejayaan ini.
Tidak dilupakan juga kepada semua rakan2 guru sama ada disekolah, di FB dan Follower blog ini yang sentiasa memberikan idea dan sumbangan sehingga tercapai anugerah ini. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mampu memberikan ganjaran kepada anda.
Anugerah ini sebenarnya adalah pendorong kepada saya untuk terus gigih didalam memajukan pendidikan disekolah. Semoga selepas ini dapat lebih rajin dan cemerlang lagi.
Ternyata pengalaman ini amat berguna dan sedia untuk dikongsi bersama rakan2 semua. Insya allah jika ada kesempatan boleh le kita kongsi2 kan
Dan akhirnya sebagai satu perkongsian saya kepada anda semua sila dapatkan MANUAL LAMSAM secara PERCUMA sempena penganugerahan ini. klik dibawah ni ye. Terima Kasih semua.....
2 ulasan:
Terima kasih diatas sokongan semua
Terima kasih diatas sokongan semua
Catat Ulasan