Menghasilkan murid yang celik sains dan mempunyai kemahiran saintifik yang terbaik sememangnya menjadi matlamat di SK Parit Baharu
Sehubungan dengan itu, satu pameran dan amalan pembelajaran terbaik sains melalui eksperimen telah diadakan sebagai salah satu aktiviti pasca UPSR
Murid-murid tahun 6 telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap satu dikehendaki membuat pameran eksperimen sains. Mereka merancang, membuat eksperimen dan berkomunikasi dengan pengunjung.
Pengunjungnya adalah terdiri daripada murid dan guru-guru SK Parit Baharu yang berkelapangan dan sedia untuk membimbing murid ini. Kesediaan murid untuk terlibat dan berkomunikasi di dalam pameran merangsang semangat mereka untuk menjadikan murid yang mampu menjadi ketua di sekolah menengah kelak.
Interaksi antara murid, guru dan bahan juga diadakan untuk merangsang satu pembelajaran yang menarik dan berkesan
Pembelajaran diluar bilik darjah secara terbuka dan santai ini sangat memberikan pengalaman berkomunikasi dan kemahiran STEM
Kehadiran pegawai PPD Sabak Bernam juga menyuntik semangat untuk murid-murid ini lebih berjiwa sains.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan